Gegar Vaganza (musim 10)

Gegar Vaganza (musim 10)

All Stars Gegar Vaganza memaparkan konsep berbeza iaitu mengumpulkan semula semua bekas bekas juara dari musim pertama hingga ke musim kesembilan. Musim ini juga mengambil 6 peserta "hotseat" dimana penonton perlu mengundi finalis finalis Gegar Vaganza dari musim 1 hingga 9 untuk turut serta bersama di dalam All Stars Gegar Vaganza 10. Pada musim ini, penaja utamanya ialah Farm Fresh dan penaja bersama ialah DiGi, Adabi (Powercat) bersama Juri Tetap Dato' Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Dato' Syafinaz Selamat. Pengacara untuk musim ini ialah Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.


Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia

Liga Super Malaysia merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai bahagian tertinggi suatu masa dahulu. Liga Super Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada Liga-M sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan Liga Super Malaysia agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia iaitu semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921. Terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah biasanya akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun ialah perkataan Arab yang disebut dalam al-Quran pada ayat ke-156 surah kedua. Al-Baqarah yang membawa maksud "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Ia dikenali juga dengan istilah istirja'.


Orang Melayu Indonesia

Orang Melayu Indonesia

Orang Melayu Indonesia ialah suku Melayu yang tinggal di Indonesia, sebagai salah satu suku bangsa asli negara Indonesia. Ada beberapa bilangan kerajaan Melayu di Indonesia yang meliputi pesisir timur pulau Sumatera dan pesisir Kalimantan, yang mana sesetengahnya yang terkenal ialah Srivijaya, Kerajaan Melayu, Kesultanan Jambi, Kesultanan Deli, Kesultanan Riau-Lingga dan Kesultanan Sambas.



Senario XX

Senario XX

Senario XX ini ialah filem komedi cereka sains fiksyen Malaysia 2005 dan merupakan filem kelima Kumpulan Senario dan telah ditayangkan pada 19 Mei 2005. Filem ini digelar XX kerana filem ini ialah filem ke-20 (XX) terbitan Grand Brilliance. "XX" dalam judul filem ini juga merujuk kepada filem XX Ray (1992). Kos pembikinan filem ini ialah RM1.82 juta dan berjaya mendapat kutipan RM2.32 juta. Saiful Apek memegang watak jahat dalam cerita ini


Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu

Nusantara Melayu terdiri daripada beberapa puak Melayu, maka peribahasa akan berlainan dari satu tempat ke satu tempat.


Syafi Tee

Syafi Tee

Mohd Syafi bin Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee ialah seorang pelakon lelaki Malaysia dan anak kepada ahli akademik, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Beliau merupakan anak kedua dari enam orang adik beradik. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019.


Abdullah bin Ahmad Badawi

Abdullah bin Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


Facebook

Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan serangkai dan saling menghantar pesanan, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.


Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka. Tesis sejarah konvensional menandakan sekitar tahun 1400 sebagai tahun penubuhan kesultanan Melaka oleh Raja (Temasek)Singapura,bernama Dharmaraja atau dengan gelaran Parameswara cicit Sang Nila Utama yang merupakan pengasas Temasek. Beliau juga dikenali sebagai Iskandar Shah yang berasal dari keturunan Palembang. Namun, tahun penubuhan Melaka telah disemak semula baru-baru ini dan diubah menjadi tahun 1262. Pada kemuncak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15, ibu kotanya berkembang menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal yang paling penting, dengan wilayah kesultanan yang meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan sebahagian besar utara Sumatera, Indonesia zaman moden.


Bukit Tinggi, Pahang

Bukit Tinggi, Pahang

Maklumat yang dipaparkan di bawah adalah berkenaan dengan sebuah kawasan peranginan di Malaysia. Untuk maklumat mengenai sebuah kawasan perumahan moden di Klang, sila layari Bandar Bukit Tinggi


Sisa domestik

Sisa domestik

Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada kegiatan seharian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.


Famili Duo (musim 3)

Famili Duo (musim 3)

Musim ketiga Famili Duo disiarkan di TV3 bermula 15 Oktober 2023 pada jam 21:00 (WPM) sebanyak 8 episod dan dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam. OGAWA, Elegant Cosmetics dan Centrum merupakan penaja bersama untuk musim ketiga rancangan ini.


Azilah Hadri

Azilah Hadri

Cif Inspektor Azilah bin Hadri dituduh membunuh Altantuya. Pakatan bunuh itu dirancang bersama Koperal Sirul Azhar Umar dan diarahkan oleh Abdul Razak Baginda.


Isteri-isteri Nabi Muhammad

Isteri-isteri Nabi Muhammad

Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW ialah wanita-wanita mulia yang telah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah berkahwin dengan 12 orang wanita. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummahatul Mukminin" yang bermaksud "Ibu-ibu kepada orang-orang beriman". Gelaran ini datang dari firman Allah di dalam al-Quran:


Ia Wujud

Ia Wujud

Ia Wujud merupakan sebuah filem seram Malaysia 2014 arahan Dharma Aizat terbitan Mangkin Prestij. Ia dibintangi oleh Anam Azizan, Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq, Arif Adam. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 15 Mei 2014.


Azharina

Azharina

Azharina Azhar atau lebih dikenali sebagai Azharina merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia sejak 2001. Beliau popular melalui lagu Elegi Sepi, seterusnya mulai terkenal dengan beberapa hits single beliau antaranya Rawan, Rasa, Tsunami Kasih dan banyak lagi.


Mandi wajib

Mandi wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Seseorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan air mani secara sengaja atau tidak, wajib baginya mandi wajib


Rukun solat

Rukun solat

Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli.


Gegar Vaganza

Gegar Vaganza

Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan televisyen realiti muzik Malaysia terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersama AC Mizal pada musim ke-7 manakala pada musim ke-9 Elly Mazlein telah menjadi hos terbaru bersama Nabil Ahmad. Rancangan ini telah disiarkan sebanyak 9 musim dan disiarkan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) (mulai musim kedua. Bagi musim pertama, ia turut disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Prima.


Malaysia

Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, 2 negeri Borneo dan 3 wilayah persekutuan yang menduduki bumi berkeluasan 330,803 kilometer persegi (127,720 bt2). Malaysia terbahagi kepada 2 kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia.