Abdul Kadir Annuar
Dato' Abdul Kadir Annuar SPMJ, DPMJ (Johor); KMN, AMN; PIS, BSI (Johor) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pulai, Johor | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Mohamed Rahmat |
Digantikan oleh | Nur Jazlan Mohamed |
Majoriti | 24,568 (PRU-10) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 1989–1995 | |
Menteri Besar | Muhyiddin Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Tambatan | |
Dalam jawatan 1989–1995 | |
Didahului oleh | Mahmood Daud |
Digantikan oleh | Loh Teh Hian |
Butiran peribadi | |
Lahir | 1933 |
Meninggal dunia | 28 Disember 2015(2015-12-28) (umur 81–82) |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Samiah Mohd Said |
Anak-anak | 5 (termasuk Radziah Abdul Kadir) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Abdul Kadir bin Annuar (1933 – 28 Disember 2015) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Pulai selama sepenggal (1999-2004), mantan EXCO Johor (1989-1995) dan mantan ADUN Tambatan selama dua penggal (1989-1995). Beliau juga pernah menjadi guru agama kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim.[1]
Politik
Beliau mula menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor bagi Tambatan selepas kematian penyandangnya, Mahmood Daud pada tahun 1989 hingga tahun 1995. Beliau kemudiannya digantikan oleh Low Teh Hian. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1989 ke tahun 1995 lepas.
Kemudian, beliau bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan memenanginya pada tahun 1999 dan berakhir pada tahun 2004 lalu.
Meninggal dunia
Beliau telah meninggal dunia pada 29 Disember 2015, jam 5.10 petang akibat mengalami radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.
Rujukan
- ^ Bekas guru agama Sultan Johor meninggal dunia