Abdullah Mohd Salleh
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Mohd Salleh | |
---|---|
Ketua Setiausaha Negara | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1976 – 31 Disember 1978 | |
Didahului oleh | Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin |
Digantikan oleh | Tun Abdullah Ayub |
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia | |
Dalam jawatan 1974–1976 | |
Didahului oleh | Tun Abdullah Ayub |
Digantikan oleh | Tan Sri Abdul Aziz Zakaria |
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia | |
Dalam jawatan 1972–1974 | |
Didahului oleh | Raja Tun Mohar Raja Badiozaman |
Digantikan oleh | Tun Abdullah Ayub |
Butiran peribadi | |
Lahir | 24 Jun 1925 Kampong Batu, Padang Sebang, Melaka |
Meninggal dunia | 22 Jun 2006(2006-06-22) (umur 80) |
Pekerjaan | Bekas ahli parlimen |
Profesion | Penjawat awam |
Tun Abdullah bin Mohd Salleh merupakan ahli politik Perikatan/UMNO di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampong Batu, Padang Sebang, Melaka pada 24 Jun 1925.[1][2] Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Segamat Utara, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai/membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.