Aku Seorang Perempuan
Aku Seorang Perempuan | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Melodrama |
Berdasarkan daripada | Diinspirasikan dari buku autobiografi Life Goes On dan Bukan Perempuan Biasa |
Pengarah | Hashim Rejab |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Cintaku Masih Berdiri nyanyian Siti Nordiana |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Syarikat penerbitan | Brotherhood Studio |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar |
|
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 November 2022 – 31 Disember 2022 |
Aku Seorang Perempuan ialah sebuah drama arahan Hashim Rejab, terbitan Brotherhood Studio yang diinspirasikan dari buku autobiografi Life Goes On dan Bukan Perempuan Biasa yang menceritakan kisah sebenar penyanyi terkenal, Siti Nordiana. Dibintangi oleh Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Siri ini akan memulakan tayangan perdana di TV9, bermula 19 November 2022.[1]
Sinopsis
Drama Aku Seorang Perempuan mengisahkan tentang Siti Nor Aisya iaitu seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya.
Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.
Adriana ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga.
Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian.
Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?
Pelakon
Pelakon utama
- Atikah Suhaime sebagai Siti Noraisya
- Fezrul Khan sebagai Fareez Hidayat
- Hafidz Roshdi sebagai Hakim Ali
- Adriana Adnan sebagai Emira
Pelakon undangan
- Aleza Shadan sebagai Noriah
- Saidah Kamarudin sebagai Noor
- Mustaqim Bahadon sebagai Ehsan
- Fadh Majid sebagai Joe
- Puteri Sarah Liyana sebagai Jasmin
- Amai Kamarudin sebagai Fateh
- Hasnul Rahmat sebagai Alias
- Jihaa Sham sebagai Maya
- Elmy Moin sebagai Haidar
- Sarah Dawud sebagai Tasya
- Nor Albaniah sebagai Datin Ariza
- Aisha Sudin sebagai Puan Salbiah
Rujukan
- ^ "Drama Aku Seorang Perempuan". honeybie.com.