Aku Yang Kau Gelar Isteri

  • Drama
  • Konflik
  • Keluarga
  • Dendam
  • Seram
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul JalilPengarahShuhaimi Lua Abdullah
Dibintangi oleh
  • Nadia Brian
  • Dato Adi Putra
  • Sharifah Sakinah
  • Atiq Azman
Lagu pembukaanPurnama - Naim DanielNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod15PenerbitanPenerbit eksekutif
  • Zubir Mohd Said
  • Shuhaimi Lua
  • Nazree Ngadi
Penerbit
  • Shuhaimi Lua
  • Wan Siti Fatimah
  • Fazrien Ziear
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film ProductionPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Samarinda)Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal17 Februari 2021 – 15 Mac 2021KronologiMengikutiTakdir Yang TertulisDiikuti olehPenjara Janji

Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua Abdullah, dibintangi oleh Nadia Brian, Dato Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 dari 17 Februari hingga 15 Mac 2021 menggantikan Takdir Yang Tertulis.[1]

Sinopsis

Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Ady Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Aznah Hamid sebagai Mak Lang
  • Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
  • Kuza Muzani sebagai Mak Su
  • Baby Azreen sebagai Maryam
  • Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah
  • Zahir Deck sebagai Amin
  • Ferth Jasni sebagai Fakhri
  • Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
  • Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi
  • Ariff Amran sebagai Hadi

Rujukan

  1. ^ Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri. MyInfotaip. Dicapai 16 Februari 2021