Al-Ma'unah

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Al-Ma'unah ialah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, negeri Perak dan terlibat dalam pertempuran antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi

Nama penuh organisasi tersebut ialah Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah ataupun disingkatkan sebagai Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut[1] menerangkan bahawa Al-Ma’unah ialah sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam. Kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luar biasa yang berlaku pada golongan orang Islam kebanyakan (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berampak di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Pengepungan tentera di Sauk

Pengepungan Tentera Di Sauk
Sebahagian daripada Ops Subuh
Tarikh5 Julai, 2000
Lokasi
Bukit Jenalik, Sauk, Perak
Keputusan Al Ma'unah tumbang
Pihak yang terlibat
Pengganas Al Ma'unah Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia
Komandan dan pemimpin
Muhammad Amin Mohamed Razali Lt. Jeneral Zaini bin Mohamad Said (Ketua pasukan ATM),
ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff (Ketua unit anti-pengganas 69 Komando PGK
Kekuatan
32 orang 59 anggota tentera dan polis meliputi 43 anggota komando Grup Gerak Khas ATM dan 20 anggota pasukan polis anti-pengganas 69 Komando PGK PDRM, 4 kenderaan perisai ATM
Kerugian dan korban
seorang pengganas terbunuh 2 tebusan mati, terdiri daripada seorang komando ATM dan seorang anggota Cawangan Khas PDRM, 2 lagi tebusan iaitu seorang anggota polis dan seorang penduduk kampong diselamatkan.

Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, negeri Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera di situ dan melarikan senjata-senjata di kem tersebut.[2]

Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu di sebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.

Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdayakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi satu daripada pelbagai jenis senjata, peluru dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain setelah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga unit kenderaan Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan amunisi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampung hasil daripada tembakan senjata api tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Walau bagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengebumikan Truper Matthews di dalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Serah diri

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.

Sebenarnya, dua jam sebelum insiden tersebut, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20 orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Dengan sikap berani dan tawakkal, beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al-Ma'unah iaitu Amin. Maka, berlakulah perbincangan dan perdebatan secara 'ilmiah' antara Abdul Razak dan Amin (perdebatan ini telah dibukukan oleh Abdul Razak) yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua kemupulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas keberanian dan kebijaksanaan berbincang (excellent negotiation skill) Abdul Razak, beliau telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas jasanya. Pada masa itu, Abdul Razak ialah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas 69 Komando PGK Polis Diraja Malaysia.

Kematian

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan daripada Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh ialah seorang ahli kumpulan tersebut yang mana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Serangan lain

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.

Rujukan

  1. ^ Persaudaraan Ilmu Dalam al-Maunah (Malaysia)
  2. ^ "Seven Al-Ma'unah members plead guilty to alternative charge", Utusan Malaysia. 17 Ogos, 2007.