Anjing gembala Rusia Selatan

Anjing gembala Rusia Selatan
Nama lain
  • Anjing gembala Ukraine
  • Anjing gembala Ukraine Selatan
  • Yuzhak
Negara asalEmpayar Rusia
Kesatuan Soviet
Ukraine
Rusia
Trait
Berat Jantan minimum 35 kg (77 lb)
Betina minimum 30 kg (66 lb)
Tinggi Jantan minimum 66 cm (26 in)
Betina minimum 62 cm (24 in)
Jangka hayat 9–11 tahun[1]:55
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Rusia Selatan[a] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan. Ia dikembangkan di wilayah-wilayah Empayar Rusia dan Kesatuan Soviet yang kini di Ukraine dan di Rusia selatan, dan disangkakan diterbitkan daripada pembiakbakaan silang antara anjing tempatan di steppe Rusia dengan anjing gembala berbulu panjang yang dibawa ke wilayah itu dari Sepanyol pada lewat abad kelapan belas bersama-sama dengan biri-biri merino.[2][3][4]:401 Anjing ini mungkin pernah berpenampilan serupa dengan anjing gembala Catalonia zaman kini.[2][3]

Sejarah

Imej dari sekitar tahun 1915

Anjing gembala Rusia Selatan dianggap berasal daripada pembiakbakaan silang antara anjing tempatan – daripada kedua-dua jenis penjaga kawanan ternakan dan jenis anjing pemburu penglihatan - dari steppe Rusia dengan anjing gembala berbulu panjang yang dibawa ke kawasan itu dari Sepanyol pada lewat abad kelapan belas bersama-sama dengan biri-biri merino.[2][3] Anjing-anjing Sepanyol ini mungkin pernah serupa dengan anjing gembala Catalonia zaman kini.[2][3] Seekor anjing baka silang jenis Rusia Selatan ini memenangi pingat emas dalama Exposition Universelle pada tahun 1867 di Paris.[2][3]

Kebanyakan pembiakbakaan terpilih dan perkembangan baka ini berlaku pada awal abad kedua puluh di estet-estet milik Friedrich von Falz-Fein [de] di Askania-Nova, kini di Oblast Kherson, Ukraine.[2][3] Piawaian baka diluluskan pada awal tahun 1930-an.[2][3]

Persekutuan Kinologi Antarabangsa menerimanya secara muktamad pada 30 September 1983 sebagai "Yuzhnorusskaya Ovcharka" atau "South Russian Shepherd Dog" ("anjing gembala Rusia Selatan").[5]

Ciri

Ia merupakan anjing besar: jantan berdiri tidak kurang daripada 66 cm (26 in) pada paras kelasa dan berukuran sekurang-kurangnya seberat 35 kg (77 lb); betina pula adalah kira-kira 4 cm (1.6 in) lebih rendah dan kira-kira 5 kg (11 lb) lebih ringan.[2][3] Sesetengah anjing sangat besar dengan berat sehingga 75 kg (165 lb).[4]:402 Kepalanya panjang dan berbentuk baji; telinganya tergantung dan berbentuk segi tiga. Lapis bulunya panjang, kasar, dan tebal. Bulunya mungkin berwarna putih padu, kelabu, atau gading pucat; atau putih dengan sentuhan kuning, atau putih dengan tompok-tompok kelabu, gading pucat, atau berwarna gandum.[2][3]

Perundangan

Anjing ini dilarang di Denmark.[6]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا روسيا سلاتنcode: ms is deprecated ; Rusia: ю̀жнору́сская овча́рка, rumi: južnorússkaja ovčárkacode: ru is deprecated ; Bahasa Ukraine: південноросі́йська вівча́рка; bahasa Inggeris: South Russian shepherd dog; South Russian ovcharkacode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
  2. ^ a b c d e f g h i "Standard FCI N° 326 YUZHNORUSSKAYA OVCHARKA (Berger de Russie méridionale)" [Piawaian FCI No. 326 Anjing Gembala Rusia Selatan] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Diterjemahkan oleh Borianne, Iris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 Februari 2022. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  3. ^ a b c d e f g h i "FCI-Standard N° 326 YUZHNORUSSKAYA OVCHARKA (South Russian Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 326 Anjing Gembala Rusia Selatan] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Mamontov, Dmitry; Samsonova, Anna. Disunting oleh Eugene Yerusalimsky. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Disember 2017. Dicapai pada 16 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: YUZHNORUSSKAYA OVCHARKA (326)" [Tatanama baka FCI: ANJING GEMBALA RUSIA SELATAN (326)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  6. ^ "Danish Legislation on Dogs" [Perundangan Denmark mengenai Anjing]. www.foedevarestyrelsen.dk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2013. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  • l
  • b
  • s
  • = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain