Bahagian Sarikei

Sarikei
Logo rasmi Sarikei
Bahagian di Sarawak
Lokasi Sarikei
Kerajaan tempatanMajlis Daerah Sarikei (MDS), Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) (Meradong and Julau), Majlis Daerah Pakan (MDP)
Keluasan
 • Jumlah4,332.4 km2 (1,672.7 batu persegi)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah116,290
 • Kepadatan27/km2 (70/batu persegi)
ResidenMichael Dawi Alli
Awalan plet lesenQR

Bahagian Sarikei adalah salah satu daripada 12 bahagian di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan salah satu bahagian di Bahagian Ketiga dahulu, di mana ia mengandungi Sibu dan Kapit. Bahagian Sarikei mengandungi jumlah kawasan seluas 4,332.4 kilometer persegi, dan merupakan bahagian pentadbiran kedua terkecil di Sarawak.

Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sarikei. Ia mengandungi empat daerah pentadbiran: Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.

Sejarah

Sejarah awal Sarikei (merujuk kepada Bandar Sarikei kini) dapat dikesan seawal kurun ke-19. Catatan sejarah menunjukkan James Brooke pernah mengunjungi Sarikei pada 30 April 1845.

Penentangan terhadap James Brooke membawa kepada peristiwa pembakaran Sarikei pada 4 Januari 1856 dan tindakan balas oleh Charles Brooke ke atas Julau pada 19 Jun 1856. Catatan-catatan sejarah ini menunjukkan kewujudan awal Sarikei.

Bahagian Sarikei ditubuhkan pada 2 April 1973 sebagai bahagian ke-6 dalam negeri Sarawak melalui Sarawak Gazette Swk. L.N 26 bertarikh 15 Mac 1973. Bahagian Sarikei pada awal penubuhannnya mempunyai keluasan 6969 km². Ianya merupakan gabungan daerah-daerah Sarikei, Meradong, Julau , Matu dan Daro.

Selepas pembentukan Bahagian Mukah dan Bahagian Betong, Bahagian Sarikei mengalami kesan secara langsung terutama dari segi luas kawasan. Keseluruhan jumlah kawasan terkini di bawah Bahagian Sarikei adalah 4332.35 km² yang merupakan 1.31 % daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak iaitu 124,449 km². Bahagian Sarikei merupakan bahagian yang kedua terkecil selepas bahagian Betong (4,180 km² atau 1.27% daripada keluasan negeri Sarawak). Pusat pentadbiran dan komersil adalah Bandar Sarikei yang juga dikenali dengan nama Bandar Nanas.

Penubuhan Bahagian Sarikei adalah didorong oleh faktor-faktor keselamatan. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan di dalam artikelnya; Sarawak's Unique Administrative Identity : Establishment of Divisional, District & Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration bahawa penubuhan Bahagian Sarikei (dahulunya dikenali sebagai Bahagian ke-6) ini adalah atas sebab-sebab keselamatan berikutan pemberontakan komunis pada masa itu. Dengan penubuhan Bahagian Sarikei, aspek kawalan keselamatan dapat difokuskan dan memudahkan urusan pemantauan ke kawasan terbabit.[2]

Senarai mantan Residen

  • En. Chin Ting Ming
  • Datuk Wan Hashim Bin Tuanku Taha
  • Tuan Hj Adenan B Hj Aman
  • Tuan Hj Mohd Iskandar B Abdullah
  • En.Noel Hudson Laga
  • En.Patrick Rigep Nuek
  • En.Nilie Tangai
  • En.Jolhi B Hj Saar
  • Tuan Hj Mohd Atei Abang Medaan
  • En.Liaw Soon Eng
  • En.Sim Nyuk Foh
  • En.Isaka Kana

Demografi

Jumlah populasi ialah adalah 115, 529 [3] dan majoriti terdiri daripada masyarakat Iban, Melanau, Melayu, dan Cina. Kebanyakan mereka tinggal di bandar Sarikei.

Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik di Bahagian Sarikei[4] [5]
Daerah Pentadbiran Jumlah
Populasi
Melayu Iban Bidayuh Melanau Bumiputera
lain
Cina India Lain-lain Bukan
Warganegara
Sarikei 56,228 9,192 18,559 456 3,933 594 21,772 116 370 1,236
Meradong 28,713 4,450 12,322 217 1,489 282 8,731 93 92 1,037
Julau 15,449 245 14,504 59 60 94 435 7 12 30
Pakan 15,139 125 14,423 26 39 136 289 13 35 53
Jumlah
Bahagian Sarikei
115, 529 14,012 59,808 758 5,521 1,106 31,227 229 509 2,356

Ekonomi

Pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama di bahagian ini. Bahagian Sarikei menghasilkan lada hitam yang banyak berbanding dengan bahagian yang lain di Sarawak. Tempat ini juga popular dengan buah-buahannya, terutamanya nanas dan oren. Industri pembalakan juga merupakan komponen utama kepada ekonomi tempatan.

Pentadbiran politik

Ahli Parlimen

Parlimen Ahli Parlimen
P206 Tanjung Manis YB Datuk Hajah Norah Tun Abdul Rahman
P208 Sarikei YB Tuan Wong Ling Biu
P209 Julau Datuk Joseph Salang ak Gandum

Ahli Dewan Undangan Negeri

DUN ADUN
N35 Belawai YB Datu Len Latif Salleh
N36 Semop YB En. Abdullah Saidol
N39 Repok YB Dr. Wong Hua Seh
N40 Meradong YB Cik Ting Tze Fui
N41 Pakan YB Tan Sri William Mawan ak Ikom
N42 Meluan YB En. Wong ak Judat

Pengangkutan

Bandar Sarikei merupakan pusat pentadbiran bahagian dan boleh dihubungi melalui pengangkutan darat, air dan udara melalui Lapangan Terbang Sibu.

Pengangkutan awam

Dari Ke Jenis Pengangkutan Masa
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Lapangan Terbang Sibu Kapal Terbang 35-40 minit
Lapangan Terbang Sibu Sarikei Bas/Teksi (dari pusat bandar Sibu) 64km/1 jam
Terminal Ekspress Bintawa, Kuching Terminal 1, Sarikei Bot ekspres 3 jam 30 minit
Kuching Sentral Terminal Bas Ekspress Sarikei Bot ekspres 360km/6 jam

Pengangkutan persendirian

Anda juga boleh memandu dari Kuching ke Sarikei (360km/6 jam) atau dari Sibu ke Sarikei (64km/1 jam).

Rujukan

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2011-01-24.
  2. ^ "Sejarah Bahagian Sarikei". Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2014-07-12.
  3. ^ "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, daerah kecil dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2014-01-01.
  4. ^ "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, daerah kecil dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2014-01-01.
  5. ^ "Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-12. Dicapai pada 2014-07-12.

Pautan luar

  • Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Kuching
Sejarah
Bahagian Pentadbiran
Bahagian
Bandar raya
Daerah
Daerah Kecil
Bahagian Perundangan
P - Parlimen
N - Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P192 Mas Gading
N01 Opar
N02 Tasik Biru

P193 Santubong
N03 Tanjong Datu
N04 Pantai Damai
N05 Demak Laut

P194 Petra Jaya
N06 Tupong
N07 Samariang
N08 Satok

P195 Bandar Kuching
N09 Padungan
N10 Pending
N11 Batu Lintang

P196 Stampin
N12 Kota Sentosa
N13 Batu Kitang
N14 Batu Kawah

P197 Kota Samarahan
N15 Asajaya
N16 Muara Tuang
N17 Stakan

P198 Puncak Borneo
N18 Serembu
N19 Mambong
N20 Tarat

P199 Serian
N21 Tebedu
N22 Kedup
N23 Bukit Semuja

P200 Batang Sadong
N24 Sadong Jaya
N25 Simunjan
N26 Gedong

P201 Batang Lupar
N27 Sebuyau
N28 Lingga
N29 Beting Maro

P202 Sri Aman
N30 Balai Ringin
N31 Bukit Begunan
N32 Simanggang

P203 Lubok Antu
N33 Engkilili
N34 Batang Ai

P204 Betong
N35 Saribas
N36 Layar
N37 Bukit Saban

P205 Saratok
N38 Kalaka
N39 Krian
N40 Kabong

P206 Tanjong Manis
N41 Kuala Rajang
N42 Semop

P207 Igan
N43 Daro
N44 Jemoreng

P208 Sarikei
N45 Repok
N46 Meradong

P209 Julau
N47 Pakan
N48 Meluan

P210 Kanowit
N49 Ngemah
N50 Machan

P211 Lanang
N51 Bukit Assek
N52 Dudong

P212 Sibu
N53 Bawang Assan
N54 Pelawan
N55 Nangka

P213 Mukah
N56 Dalat
N57 Tellian
N58 Balingian

P214 Selangau
N59 Tamin
N60 Kakus

P215 Kapit
N61 Pelagus
N62 Katibas
N63 Bukit Goram

P216 Hulu Rajang
N64 Baleh
N65 Belaga
N66 Murum

P217 Bintulu
N67 Jepak
N68 Tanjong Batu
N69 Kemena
N70 Samalaju

P218 Sibuti
N71 Bekenu
N72 Lambir

P219 Miri
N73 Piasau
N74 Pujut
N75 Senadin

P220 Baram
N76 Marudi
N77 Telang Usan
N78 Mulu

P221 Limbang
N79 Bukit Kota
N80 Batu Danau

P222 Lawas
N81 Ba'kelalan
N82 Bukit Sari

DUN
Pihak Berkuasa
Tempatan
Dewan Bandaraya
Majlis Perbandaran
Majlis Perbandaran Padawan Majlis Perbandaran Sibu Majlis Perbandaran Kota Samarahan • Lembaga Kemajuan Bintulu
Majlis Daerah
Majlis Daerah Bau Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Dalat dan Mukah • Majlis Daerah Kanowit • Majlis Daerah Kapit • Majlis Daerah Lawas • Majlis Daerah Limbang • Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Majlis Daerah Lubok Antu • Majlis Daerah Lundu • Majlis Daerah Maradong dan Julau • Majlis Daerah Marudi • Majlis Daerah Matu dan Daro • Majlis Daerah Saratok • Majlis Daerah Sarikei Majlis Daerah Serian • Majlis Daerah Simunjan • Majlis Daerah Sri Aman Majlis Daerah Subis •