Bahan lancung

Bahan lancung ialah sebarang bahan yang ditemui dalam bahan lain (e.g. makanan, minuman, bahan bakar) namun tidak dibenarkan atas sebab tertentu dan merupakan sejenis pemalsuan. Penambahan bahan lancung disebut pelancungan. Bahan lancung berbeza daripada, misalnya, bahan tambah makanan yang dibenarkan. Garis yang memisahkan kedua ini boleh jadi tipis; cikori boleh ditambah kepada kopi bagi menurunkan kosnya—namun sekiranya tidak diumumkan dan dilabelkan sedemikian, ia menjadi sejenis penipuan. Istilah "kontaminasi" pula digunakan bagi wujudnya bahan yang tidak dikehendaki akibat kemalangan atau kecuaian berbanding dengan sengaja.

Penambahan bahan lancung yang toksik dengan sengaja pada makanan dianggap peracunan.

Kejadian

Lihat juga

  • Alkohol surogat: bahan berbahaya yang digunakan sebagai ganti menuman beralkohol
    • Alkohol ternyahasli: alkohol yang diracun dengan sengaja bagi tidak menggalakkan penggunaan rekreasinya
  • Bendasing
  • Ersatz

Nota

Rujukan

  • A Treatise on Adulterations of Food, and Culinary Poisons, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg oleh Friedrich Accum