Bejeweled (siri permainan video)
Bejeweled | |
---|---|
Genre | Teka-teki |
Pembangun | PopCap Games |
Penerbit | PopCap Games Electronic Arts |
Pencipta | Jason Kapalka[1] |
Platform | Microsoft Windows Xbox 360 Windows Phone Windows Mobile Mac OS X iOS Android PlayStation 3 PlayStation Portable Nintendo DS Wii Java ME Adobe Flash Palm OS Symbian^3 PlayStation Vita Atas talian Arked |
Keluaran pertama | Bejeweled Mei 30, 2001 |
Keluaran terkini | Bejeweled Champions September 9, 2020 |
Spin-off | Bejeweled Twist, Bejeweled Blitz, Bejeweled Stars |
Bejeweled ialah satu siri permainan video teka-teki padanan jubin yang dicipta oleh PopCap Games. Bejeweled diterbitkan pada asalnya untuk pelayar web pada tahun 2001, diikuti oleh tujuh sekuel: Bejeweled 2 (2004), Bejeweled Twist (2008), Bejeweled Blitz (2009), Bejeweled 3 (2010), Bejeweled Legend (2012, hanya di Jepun) Bejeweled Stars (2016), dan Bejeweled Champions (2020) semuanya dicipta oleh PopCap Games dan syarikat induknya, Electronic Arts . Lebih daripada 10 juta salinan Bejeweled telah dijual, dan permainan tersebut telah dimuat turun lebih daripada 350 juta kali.[2] Menjelang Februari 2010, jualan siri Bejeweled mencecah 50 juta salinan. Jumlah tersebut termasuk permainan asal, berserta dengan versi Blitz dan Twist.[3] Versi arked telah dilancarkan pada Q3 2013.
Permainan
2001 | Bejeweled |
---|---|
2002–2003 | |
2004 | Bejeweled 2 |
2005–2009 | |
2010 | Bejeweled 3 |
2011 | |
2012 | Bejeweled Legend |
2013–2015 | |
2016 | Bejeweled Stars |
2017–2019 | |
2020 | Bejeweled Champions |
- Siri utama
- Bejeweled (2001)
- Bejeweled 2 (2004)
- Bejeweled 3 (2010)
- Terbitan sampingan
- Bejeweled Twist (2008)
- Bejeweled Blitz (2008)
- Bejeweled Legend (2012) (Jepun sahaja)
- Bejeweled Stars (2016)
- Bejeweled Champions (2020) [4]
Pengaruh
Bejeweled dipengaruhi oleh permainan Shariki,[5] yang direka oleh pembangun Rusia Eugene Alemzhin pada tahun 1988, yang mempunyai tatacara permainan yang seiras. Populariti Bejeweled telah melahirkan beberapa permainan yang mirip. Secara kolektif dikenali sebagai permainan padanan tiga, permainan-permainan tersebut berdasarkan atas mekanik mencipta gabungan tiga kepingan yang sama secara berturutan.
Legasi
Selepas penerbitan Bejeweled, permainan tersebut telah dialihkan ke pelbagai platform, termasuk telefon bimbit, telefon pintar, konsol permainan, paparan hiburan dalam kapal terbang dan banyak lagi. Siri permainan tersebut juga menghasilkan beberapa produk bukan permainan video termasuk mesin kasino, tiga permainan papan oleh Hasbro, siri web berdasarkan watak Snackers dan Anchovy daripada Bejeweled Blitz dan selebihnya.
Pada 25 September 2008,[6] Bejeweled telah dilancarkan secara rasmi sebagai tambahan percuma untuk MMORPG fantasi World of Warcraft, berserta Peggle.[7][8][9][10] Selain daripada mod 'Classic' (Normal) dan 'Timed' yang biasa, tambahan ini juga mempunyai mod 'Flight' eksklusif, di mana permainan bermula apabila pemain mengambil penerbangan dari satu lokasi dalam permainan ke lokasi lain, dengan tujuan untuk skor setinggi mungkin sebelum sampai ke destinasi mereka.[11][6] Tambahan WoW ini menambah pencapaian pada permainan, serta sistem penaiktarafan.[11][6]
Pada tahun 2014, Bejeweled dan Candy Crush Saga (berserta dengan permainan padanan tiga lain yang serupa) telah terbukti merupakan NP-hard.[12]
Bejeweled sering dianggap sebagai permainan penting dalam genre padanan tiga. Siri tersebut telah memenangi pelbagai anugerah. Menjelang 2013, PopCap menganggarkan bahawa lebih daripada 10 bilion jam telah diluangkan oleh pemain pada permainan tersebut secara kolektif. Dianggarkan juga umlah muat turun permainan tersebut mencecah 500 juta salinan.[13] Pada tahun 2020, Bejeweled telah dimasukkan ke dalam World Video Game Hall of Fame.[14]
Bacaan lanjut
- Luciano Gualà; Stefano Leucci; Emanuele Natale (24 March 2014). "Bejeweled, Candy Crush and other Match-Three Games are (NP-)Hard". arXiv:1403.5830. Bibcode:2014arXiv1403.5830G. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)
Rujukan
- ^ "Bejeweled® Deluxe Readme". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-12. Dicapai pada 2017-03-07.
- ^ Ward, Mark (2008-03-18). "Casual games make a serious impact". BBC News. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2008. Dicapai pada 2008-03-20.
- ^ Alexander, Leigh (February 10, 2010). "Bejeweled Sales Hit 50 Million". Gamasutra. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2020. Dicapai pada March 14, 2020.
- ^ Twitter (dalam bahasa Inggeris) https://twitter.com/worldwinner/status/1303767806471741441. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-09. Dicapai pada 2020-12-14. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Museum of the Schariki game" (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2008. Dicapai pada 2008-11-13.
- ^ a b c Chalk, Andy (September 22, 2008). "Bejeweled Comes To World Of Warcraft". The Escapist. Diarkibkan daripada yang asal pada March 20, 2021.
- ^ Cavalli, Earnest (September 19, 2008). "Bejeweled, Warcraft Combine to Form World's Most Addictive Game". Wired. Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2014.
- ^ Schramm, Mike (September 20, 2008). "WoW Insider's preview of PopCap Games' Bejeweled addon". WoW Insider. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada December 17, 2010.
- ^ Dumitrescu, Andrei (September 22, 2008). "Bejeweled to Appear as Minigame in World of Warcraft". Softpedia. SoftNews NET SRL. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2008.
- ^ North, Dale (September 22, 2008). "Unholy unity: Bejeweled added to World of Warcraft". Destructoid. Enthusiast Gaming. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2009.
- ^ a b Welsh, Oli (September 22, 2008). "Bejeweled add-on coming to WOW". Eurogamer. Gamer Network. Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2012.
- ^ Gualà, L.; Leucci, S.; Natale, E. (August 2014). "Bejeweled, Candy Crush and other match-three games are (NP-)hard". 2014 IEEE Conference on Computational Intelligence and Games: 1–8. arXiv:1403.5830. doi:10.1109/CIG.2014.6932866. ISBN 978-1-4799-3547-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-05.
- ^ Edwards, Jim (2013-09-11). "The Definitive, Illustrated History of the Most Underrated Game Ever". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-13. Dicapai pada 2017-03-11.
- ^ "Bejeweled, Minecraft among games inducted into hall of fame | The Spokesman-Review". www.spokesman.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 2020-12-08.
Pautan luar
- Tapak web rasmi