Bentong

Bentong is located in Bumi
Bentong
Bentong (Bumi)
Koordinat: 3°25′N 101°55′E / 3.417°N 101.917°E / 3.417; 101.917Koordinat: 3°25′N 101°55′E / 3.417°N 101.917°E / 3.417; 101.917NegaraMalaysia MalaysiaNegeri PahangPusatBentongPihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran BentongPentadbiran
 • Pegawai daerahKhuzaidi Harun[1]Keluasan • Jumlah707 batu persegi (1,831 km2)Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah116,799 • Kepadatan170/batu persegi (64/km2)Zon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)Poskod
28xxx, 69xxx (Genting Highlands)
Kod panggilan+6-09, +6-03-6 (Genting Highlands)Nombor plat kenderaanC

Bentong (Jawi:بنتوڠ) merupakan salah satu daerah dalam negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 kilometer persegi yang meliputi tiga buah mukim iaitu Bentong, Sabai dan Pelangai. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di bandar Bentong.

Etimologi

Bentong dipercayai bahawa dahulunya dikenali sebagai Kapong. Namun, setelah pelombong bijih timah membuka satu ban di kawasan ini, orang ramai mula memanggil Kapong sebagai "Ban Untung" bersempena dengan keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perlombongan bijih timah itu. Akhirnya nama "Ban Untung" terus bertukar ke Bentong.[3]

Pentadbiran

Peta daerah Bentong

Daerah Bentong ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Bentong yang berpusat di Bandar Bentong. Daerah ini terbahagi kepada tiga buah mukim, dua buah bandar dan sebuah pekan. Terdapat juga sekitar 35 buah kampung dalam daerah ini.

Geografi

Daerah Bentong terletak di barat negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Daerah Raub di utara, Daerah Temerloh di timur, Daerah Bera di tenggara, Daerah-daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, Selangor di barat dan Daerah Jelebu, Negeri Sembilan di selatan.

Daerah ini merupakan daerah kedua terkecil di Pahang dengan keluasan 1,831 kilometer persegi. Ketinggian maksimum daerah ini mencecah 1,832 meter. Sebanyak hampir 83 peratus daripada jumlah keluasan daerah ini dilitupi kawasan hutan.[2]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199183,965—    
200096,689+15.2%
2010114,397+18.3%
2020116,799+2.1%
Pecahan etnik di Bentong - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
61.6%
Cina
  
29.1%
India
  
8.5%
Lain-lain
  
0.9%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Bentong ialah seramai 116,799 orang dengan kepadatan penduduk 64 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Purata saiz isi rumah pula dalam empat orang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 61 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 7.2 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2] Jumlah penduduk lelaki melebihi penduduk wanita dengan beza 13 peratus. Lebih 67.9 peratus penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25.2 peratus penduduk dalam golongan muda dan selebihnya 6.9 peratus merupakan warga tua. Dalam setiap 1000 penduduk, dianggarkan sebanyak 26 kelahiran hidup direkodkan.

Agama di Bentong - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
59.1%
Buddha
  
27.1%
Hinduisme
  
8.4%
Tidak beragama
  
3.1%
Kristian
  
1.7%
Lain-lain
  
0.6%

Majoriti penduduk di daerah Bentong beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.

Rujukan

  1. ^ "Pegawai kanan PDT Bentong".
  2. ^ a b c d "OpenDOSM - Kawasanku". OpenDOSM. Dicapai pada 2023-01-03.
  3. ^ "Portal Rasmi Majlis Perbandaran Bentong". mpbentong.gov.my. Dicapai pada 30 April 2023.
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandar
Bandar Bera Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak (Keratong) • Bandar Tun Razak (Jengka) • Batu Hitam Batu Talam Belimbing Benta Bentong • Beserah Brinchang Bukit Ibam Bukit Tinggi Ceruk Paloh Chendor Chenor Cheroh Tasik Chini Cherating FELDA Mempaga FELDA New Zealand Bukit Fraser Gambang Gebeng Genting Highlands Genting Sempah Janda Baik JerantutKarak Kemayan Krambit Kerayong Kerdau Kertau Ketari Kampung Awah Kota Bahagia Kota Iskandar Kota Shahbandar Kuala Krau Kuala Lipis Kuala Pahang Kuala Rompin Kuala Tembeling Kuantan (ibu negeri) • Lanchang Lentang Lubuk Paku Lurah Bilut Maran Melati Mengkarak Mengkuang Mentakab Merapoh Nenasi Paloh Hinai Pekan, Pahang Penor Raub RingletRKT Salong Rompin Sebertak Sempalit Sungai Lembing Sungai Ruan Tanah Rata Tanjung Lumpur Tanjung Sepat Teluk Cempedak Temerloh Triang Tringkap
Pulau
Kampung
Bandar baru
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P078 Cameron Highlands
N01 Tanah Rata
N02 Jelai

P079 Lipis
N03 Padang Tengku
N04 Cheka
N05 Benta

P080 Raub
N06 Batu Talam
N07 Tras
N08 Dong

P081 Jerantut
N09 Tahan
N10 Damak
N11 Pulau Tawar

P082 Indera Mahkota
N12 Beserah
N13 Semambu

P083 Kuantan
N14 Teruntum
N15 Tanjung Lumpur
N16 Inderapura

P084 Paya Besar
N17 Sungai Lembing
N18 Lepar
N19 Panching

P085 Pekan
N20 Pulau Manis
N21 Peramu Jaya
N22 Bebar
N23 Chini

P086 Maran
N24 Luit
N25 Kuala Sentul
N26 Chenor

P087 Kuala Krau
N27 Jenderak
N28 Kerdau
N29 Jengka

P088 Temerloh
N30 Mentakab
N31 Lanchang
N32 Kuala Semantan

P089 Bentong
N33 Bilut
N34 Ketari
N35 Sabai
N36 Pelangai

P090 Bera
N37 Guai
N38 Triang
N39 Kemayan

P091 Rompin
N40 Bukit Ibam
N41 Muadzam Shah
N42 Tioman