Bidadari Kiriman Tuhan

  • Drama
    Cinta
    Konflik
Ditulis oleh
  • Rashid Sibir
  • Basri Musa
  • Suzanna Zaily Zin
  • Nor Shazana Abd Talib
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
  • Mira Filzah
  • Zul Ariffin
Lagu pembukaanWajah Kekasih - Siti NurhalizaLagu penutupWajah Kekasih - Siti NurhalizaNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod25PenerbitanPenerbitNurul Huda AziziTempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Opera Klasik Sdn. Bhd.PenyiaranSaluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Disney+ Hotstar MalaysiaFormat gambar1080i (HDTV)Format audioDolby Digital PlusSiaran asal25 Ogos 2020 – 5 Oktober 2020KronologiMengikutiPelindung Seorang PuteriDiikuti olehPerempuan Tanpa Dosa

Bidadari Kiriman Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Rashid Sibir dibintangi oleh Mira Filzah, Zul Ariffin, dan Zarina Zainuddin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri [1].

Sinopsis

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis, seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja yang agak lembam. Manis dan Manja hidup bersama mak dan nenek mereka yang sakit.

Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf, hubungan adik beradik itu mula tergugat.

Manis dan Yusuf merancang untuk melangsungkan pernikahan. Suria yang tergilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia atau Yusuf.

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

  • Maisara Sufia sebagai Suria
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Pak Samad
  • Bazly Hanif sebagai Cikgu Adam
  • Imran Ashraf sebagai Cikgu Alif
  • Dian P. Ramlee sebagai Mak Yusof
  • Raja Azura sebagai Fiza
  • Adik Dhia sebagai Ayu
  • Ema Latah sebagai Mak Non
  • Azraini Abu Bakar sebagai Pendua Manis Suhaila / Manja Suhana

Penampilan Khas

Rujukan

  1. ^ "Drama Bidadari Kiriman Tuhan (Astro Ria)". My Infotaip. 25 Ogos 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  2. ^ Kakimuvee (30 Jun 2020) Filzah bawa watak kembar dalam drama bidadari kiriman tuhan Kakimuvee. Dicapai 30 Jun 2020.