Blue lacy

Blue lacy[a]
Anjing Lacy
Blue lacy di padang bluebonnet
Nama lainAnjing Lacy
Lacy game dog
Texas blue lacy
Lacy hog dog
Lacy cur
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 16–23 kg (35–50 lb)
Betina 11–20 kg (25–45 lb)
Tinggi 46–53 cm (18–21 in)
Bulu licin
Warna biru, merah, triwarna
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
CatatanAnjing negeri Texas
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Lacy atau blue Lacy dog[1] ialah satu baka anjing pekerja yang berasal dari negeri Texas di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19.[2] Lacy pertama kali diiktiraf pada tahun 2001 oleh Senat Texas. Dalam Resolusi Senat Bil. 436, Badan Perundangan Ke-77 memberikan penghormatan kepada lacy sebagai "baka sejati Texas".[3] Pada Jun 2005, Gabenor Rick Perry menandatangani perundangan yang mengangkat blue lacy sebagai "Baka Anjing Negeri rasmi Texas".[4] Seperti yang dijangkakan, sebahagian besar anjing Lacy terdapat di Texas. Walau bagaimanapun, semakin baka ini terkenal, populasi pembiakbakaan sedang banyak diasaskan di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, dan yang paling terkini di Eropah.

Perihal

Penampilan

Anjing Lacy adalah kuat dan pantas, terbina dengan ringan, tetapi berperkadaran dalam nisbah ketinggian dengan berat. Ketinggian pada paras kelasa ialah 43–56 cm (17–22 in). Bergantung pada ketinggian dan penyesuaian umum, berat patut hampir-hampir 11–20 kg (25–45 lb) untuk betina dan 16–25 kg (35–55 lb) untuk jantan.[1] Piawaian yang tersenarai dalam Resolusi Serentak Dewan Texas Bil. 108 adalah sedikit berbeza—ketinggian 46–64 cm (18–25 in) dan berat 14–23 kg (30–50 lb)—tetapi hanya mulai tahun 2005 ia diiktiraf secara rasmi sebagai anjing negeri.

Warna

Walaupun ia sering dipanggil "blue" lacy ("biru"), terdapat tiga keragaman warna yang diizinkan bagi lacy. "Blue" ("biru") ialah sebarang cahaya warna kelabu daripada perak cerah hingga arang gelap. "Red" ("merah") terdiri daripada krim cerah hingga karat. "Tri" ("tri-", "tiga") menggabungkan dasar biru dengan tanda-tanda merah tersendiri mengikut kesesuaian untuk pangkasan, dan putih yang mungkin kelihatan pada brisket dan kawasan dari dagu ke groin. Putih juga mungkin hadir pada salah satu kaki atau lebih. Putih berlebihan tidak digalakkan dan tanda-tanda pada muka atau di atas garis tengah merupakan kecacatan yang menjadi syarat penyingkiran. Matanya tajam dan berjaga-jaga, berwarna kuning cerah hingga ambar pekat.

Bulu

Lapis bulunya patut pendek, licin, dan ketat. Lapis bulu terlebih panjang atau kasar ialah syarat penyingkiran. Lacy menggugurkan bulu, tetapi memerlukan pendandanan minimum.

Perangai

lacy biru dan sawo matang

Anjing biru Lacy adalah cerdas, sengit, giat, dan berwaspada. Dengan perkembangan sebagai anjing pemburu dan anjing gembala, ia mempamerkan dorongan dan keazaman hebat untuk bekerja dengan buruan besar dan mengawal haiwan ternakan sukar. Anjing muda mungkin mempunyai terlalu banyak tenaga dan dorongan untuk kanak-kanak kecil. Ia mudah dilatih kerana mempelajari kemahiran baharu secepatnya.

Kegiatan

Lacy ialah baka pekerja dan berprestasi lebih baik apabila diberi pekerjaan, yang membolehkannya membakar tenaga berlebihan. Ia cemerlang dalam kerja termasuk penggembalaan haiwan ternakan,[5] penjejakan darah,[6] treeing buruan, menjalani tali perangkap,[7] dan pemburuan babi hutan.[8] Kegiatan moden seperti ketangkasan yang menekankan kecerdasan, keghairahan, kepantasan, dan kelincahan mungkin merupakan pengganti sesuai untuk kerja tradisional.[9] Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Lacy pada umumnya menunjukkan naluri penggembalaan dan dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian anjing ternakan atau pengepungan babi hutan.[10] Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, anjing Lacy juga telah diperakui kerana kemahiran penjejakannya dan digunakan untuk mencari haiwan buruan "hilang". Ia juga digunakan oleh juruperangkap Amerika Syarikat untuk operasi penyelamatan dan pengejaran.

Kesihatan

Lacy pada umumnya merupakan anjing sihat. Setelah dikembangkan selama bergenerasi untuk memenuhi keperluan peladang ranco dan pemburu, ia cukup tegap untuk menahan rupa bumi sukar, keadaan kerja sukar, dan kedua-dua cuaca panas dan sejuk mengikut kelaziman Texas. Walau bagaimanapun, masalah kulit dan alahan makanan dapat berlaku. Alopesia pencairan warna adalah sangat jarang tetapi telah berlaku pada lacy.[11]

Lacy Bersaudara pada 1870-an (kiri ke kanan) - Ewin Lacy, Francis Marion (Frank) Lacy, John Hiram (Harry) Lacy, dan George Washington Lacy, Jr.

Sejarah

Anak lacy merah

Anjing Lacy dinamai sempena Lacy bersaudara (Ewin, Frank, Harry, dan George), peladang ranco dari Kentucky yang berpindah ke Kaunti Burnet, Texas pada tahun 1858 dan membawa anjing ranco mereka bersama. Anjing Lacy dikatakan sebagai campuran antara grehaun, anjing pemburu bau, dengan koyote. Ia dibiakbakakan untuk mengendalikan berbilang tugas di ranco seperti penggembalaan lembu dan babi hutan bebas merantau, penjejakan dan treeing buruan kecil, dan pemburuan rusa dan babi hutan jalang. Ini membawa kepada nama gelaran tempatan "Lacy hog dog" ("anjing babi hutan Lacy").[12][13][14] Keluarga Lacy juga mendermakan granit merah jambu dari kuari ranco itu di Granite Mountain[15] untuk membina bangunan Kapitol Negeri Texas di Austin, Texas,[16] lalu menjadikan keluarga itu dan anjing mereka tokoh penting dalam sejarah Texas.

Pada 15 Mac 2005, Wakil Joaquin Castro mengemukakan Resolusi Serentak Dewan Bil. 108,[17] yang mencadangkan blue lacy sebagai Anjing Negeri Texas.[17][18] Perundangan ini dicadangkan untuk mengiktiraf pembiak baka asli, iaitu keluarga Lacy, dan sumbangan mereka kepada Negeri Texas serta untuk mengangkat anjing Lacy sebagai anjing asli Texas. Resolusi Serentak Dewan Bil. 108[17] diterima pakai oleh Dewan Perwakilan Texas pada 15 Mei 2005 dan oleh Senat sepuluh hari kemudian pada 25 Mei 2005.[3] Gabenor Rick Perry menandatangani perundangan yang mengangkat lacy sebagai "Baka Anjing Negeri rasmi Texas" pada 18 Jun 2005.[3] Pada masa itu, badan perundangan mendakwa bahawa blue lacy ialah "satu-satunya baka anjing yang telah berasal dari negeri ini". Walau bagaimanapun, perkembangan satu lagi baka Texas, iaitu windhound sutera, sedang pun berlangsung.

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: بلو ليسيcode: ms is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b "The Official Lacy Dog Standard" [Piawaian Rasmi Anjing Lacy]. LacyBreed.com (dalam bahasa Inggeris). Adkins, Texas, Amerika Syarikat: National Lacy Dog Association. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2011. Dicapai pada 2 April 2024.
  2. ^ Pemerintah Amerika Syarikat. "State Government" [Pemerintah Negeri] (dalam bahasa Inggeris). USA.gov. Dicapai pada 2 April 2024.
  3. ^ a b c "Senate Resolution No. 436" [Resolusi Senat Bil. 436] (dalam bahasa Inggeris). National Kennel Club. Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ "Texas, Louisiana name pioneers' working dogs as their state breeds" [Texas, Louisiana angkat anjing pekerja para perintis sebagai baka negeri masing-masing]. beaumontenterprise.com (dalam bahasa Inggeris). Beaumont, Texas, Amerika Syarikat: Hearst Community Newspapers. 2 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2022. Dicapai pada 2 April 2024.
  5. ^ "Lacys at Work: Herding Cattle" [Lacy dalam Pekerjaan: Menggembala Lembu]. Working Lacys: Official Blog of True Working Lacy Dogs (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2009. Dicapai pada 2 April 2024.
  6. ^ "Lacys at Work: Blood Tracking" [Lacy dalam Pekerjaan: Penjejakan Darah]. Workinglacys.wordpress.com (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2008. Dicapai pada 2 April 2024.
  7. ^ "Lacys at Work: Trap Line Dogs" [Lacy dalam Pekerjaan: Anjing Barisan Perangkap]. Workinglacys.wordpress.com (dalam bahasa Inggeris). 8 Disember 2008. Dicapai pada 2 April 2024.
  8. ^ "Lacys at Work: Hog Hunting with Dogs" [Lacy dalam Pekerjaan: Pemburuan Babi Hutan dengan Anjing]. Workinglacys.wordpress.com (dalam bahasa Inggeris). 21 November 2008. Dicapai pada 2 April 2024.
  9. ^ "Lacys at Work" [Lacy dalam Pekerjaan]. NationalLacyDog.org (dalam bahasa Inggeris). National Lacy Dog Association. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Julai 2009. Dicapai pada 2 April 2024.
  10. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
  11. ^ "Hair Loss and Color Dilution Alopecia in Blue Lacys" [Keguguran Bulu dan Alopesia Pencarian Warna pada Blue Lacy]. Working Lacys (dalam bahasa Inggeris). op. cit. 4 Februari 2009. Dicapai pada 2 April 2024.
  12. ^ "Texas Blue Lacys are the Official State Dog of Texas" [Blue Lacy Texas Ialah Anjing Negeri Rasmi Texas]. LacyDog.com (dalam bahasa Inggeris). San Antonio, Texas, Amerika Syarikat: Texas Lacy Game Dog Association. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2009. Dicapai pada 2 April 2024.
  13. ^ Jabatan Pertanian Texas. Texas Family Land Heritage Registry, Jilid 20, 2005, hlm. 24.
  14. ^ Harris, Sam E. (Januari–Februari 1956). "Hog Dogs! Llano County, Texas, Ranchmen, Who Profit From Wild Range Hogs, Depend on Acorns and their Hog Dogs" [Hog Dogs! Peladang Ranco Kaunti Llano, Texas, yang Terima Manfaat daripada Babi Hutan Liar Bergantung pada Akorn dan Anjing Babi Hutan Mereka]. NationalLacyDog.org (dalam bahasa Inggeris). op. cit. Dicapai pada 2 April 2024.
  15. ^ "Granite Mountain" (dalam bahasa Inggeris). The Historical Marker Database. Dicapai pada 2 April 2024.
  16. ^ Texas State Historical Association, Handbook of Texas "Capitol" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sejarah Negeri Texas. Dicapai pada 2 April 2024.
  17. ^ a b c Badan Perundangan Negeri Texas. "H.C.R. No. 108" [Resolusi Serentak Dewan Bil. 108] (dalam bahasa Inggeris). capitol.texas.gov. Dicapai pada 2 April 2024.
  18. ^ States Symbols USA. "Blue Lacy Texas State Dog Breed" [Blue Lacy Baka Anjing Negeri Texas] (dalam bahasa Inggeris). statesymbolsusa.org. Dicapai pada 2 April 2024.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus