Bulmastif

Bulmastif
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 50–59 kg (110–130 lb)[1]
Betina 41–50 kg (90–110 lb)[1]
Tinggi Jantan 64–69 cm (25–27 in)[1]
Betina 61–66 cm (24–26 in)[1]
Bulu Pendek dan kalis cuaca
Warna
  • mana-mana cahaya warna brindle
  • merah
  • perang kekuning-kuningan
Jangka hayat 10.2 tahun
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bulmastif atau bullmastiff[a] ialah satu baka anjing Inggeris daripada jenis mastif dan bersaiz besar dengan tubuh pejal dan muncung pendek. Ia dikembangkan sebagai anjing pengawal pada abad kesembilan belas melalui pembiakbakaan silang antara mastif Inggeris dengan buldog lama Inggeris yang kini pupus. Ia diiktiraf sebagai baka oleh The Kennel Club pada tahun 1924.

Sejarah

Asal usul bulmastif tidak jelas. Pada abad ke-18, di sesetengah kawasan di England, mastif Inggeris dan buldog Inggeris lazimnya dibiakbakakan secara bersilang untuk menghasilkan anjing yang sesuai untuk menjaga orang dan harta benda mereka. Menjelang permulaan abad ke-20, baka silang ini digunakan secara meluas sebagai pembantu kepada penjaga mergastua dalam pengawalan pemburuan haram.[2] Ia dibiakbakakan untuk kekuatan, saiz, dan kelajuan dengan menggunakan silangan antara buldog teguh, berat, dan agresif dari abad ke-19 dengan mastif besar, kuat, dan kurang agresif.[3] Hasilnya, bulmastif dikenali sebagai anjing malam si penjaga mergastua.

Bulmastif telah diiktiraf sebagai baka oleh The Kennel Club pada tahun 1924. Anjing perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat generasi keturunan daripada ternakan bulmastif tanpa input daripada buldog mahupun mastif; haiwan baka silang tidak dapat didaftarkan.[2] American Kennel Club mengiktirafnya pada tahun 1934.[4] Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[5]

Pada tahun 1928, syarikat perlombongan intan De Beers mengimport bulmastif ke Afrika Selatan untuk menjaga lombong.[6]

Penampilan

Seekor bulmastif perang kekuning-kuningan jantan
Anak anjing
Bulmastif jantan muda yang berdiri dalam pertunjukan
Bulmastif brindle'

Bulmastif ialah anjing besar. Betina berdiri setinggi kira-kira 61–66 cm (24–26 in) pada paras kelasa, dan biasanya berukuran seberat 41–50 kg (90–110 lb); secara purata, jantan berdiri lebih tinggi sebanyak kira-kira 3 cm (1.2 in) dan lebih berat sebanyak 9 kg (20 lb).[1]

Lapis bulu mungkin berwarna perang kekuning-kuningan, merah, atau brindle, dengan mana-mana cahaya warna; sesetengah tanda putih terhad pada dada diizinkan. Muncungnya hitam, yang menjadi lebih pudar ke arah mata.[1]

Bulmastif adalah brakisefalik, iaitu bermuka rata dan bermuncung pendek, tetapi ini tidak menjejaskan pernafasannya.[7][tiada dalam ayat yang diberikan]

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 10.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[8]

Kebimbangan kesihatan pada baka ini termasuk displasia pinggul dan siku, atrofi retina progresif, kembung, dan kanser, dengan insiden agak tinggi bagi limfoma dan tumor sel masta.[9][10][11] Bulmastif terdedah kepada penyakit keturunan tertentu, termasuk:

  • Displasia pinggul, yang menjejaskan 24.5% individu;[12]
  • Displasia siku, yang menjejaskan 13.8% individu;[13]
  • Entropion, hipotiroidisme yang menjejaskan 2.8% individu;[14]
  • Limfoma;

Suatu bentuk dominan autosom bagi atrofi retina progresif adalah lazim pada baka ini. Suatu mutasi terhadap gen RHO bertanggungjawab.[15]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: بولمستيفcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: bullmastiffcode: en is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 157 BULLMASTIFF" [Piawaian FCI No. 157 Bulmastif] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 September 2023. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  2. ^ a b Makins, Eric (15 November 2011). The Bullmastiff [Bulmastif] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781447492337. OCLC 1352184141.
  3. ^ Walkey, Bill (1992). The Bullmastiff Fancier's Manual [Panduan Penggemar Bulmastif] (dalam bahasa Inggeris). Sechelt, British Columbia, Kanada: Coast Arts Publishing. ISBN 9780969639503. OCLC 62985086.
  4. ^ Get to Know the Bullmastiff (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: BULLMASTIFF (157)" [Tatanama baka FCI: BULMASTIF (157)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  6. ^ "Breed standard (Appendix A)" [Piawaian baka (Lampiran A)] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Sabt.co.za. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Ogos 2012. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  7. ^ Brachycephalic dogs (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club.
  8. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  9. ^ Bell, Jerold S.; Cavanagh, Kathleen; Tilley, Larry; Smith, Francis W. K. (Februari 2012). Veterinary Medical Guide to Dog and Cat Breeds [Panduan Perubatan Veterinar untuk Baka Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris). Jackson, Wyoming, Amerika Syarikat: Teton NewMedia. ISBN 9781482241419. OCLC 878262855.
  10. ^ Edwards, D. S.; Henley, William E.; Harding, E. F.; Dobson, Jane M.; Wood, James L. N. (29 Mac 2004). "Breed incidence of lymphoma in a UK population of insured dogs" [Insiden baka bagi limfoma dalam populasi anjing insured United Kingdom]. Veterinary and Comparative Oncology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 1 (4): 200–206. doi:10.1111/j.1476-5810.2003.00025.x. ISSN 1476-5829. PMID 19379181. S2CID 5578654.
  11. ^ Dobson, Jane M. (17 Januari 2013). Napolitano, F.; Page, R. L. (penyunting). "Breed-Predispositions to Cancer in Pedigree Dogs" [Predisposisi Baka terhadap Kanser pada Anjing Pedigri]. International Scholarly Research Notices (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 2013 (1): e941275. doi:10.1155/2013/941275. ISSN 2356-7872. PMC 3658424. PMID 23738139. S2CID 11040267.
  12. ^ Orthopedic Foundation for Animals. "Hip Dysplasia Statistics" [Statistik Displasia Pinggul] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  13. ^ Orthopedic Foundation for Animals. "Elbow Dysplasia Statistics" [Statistik Displasia Siku] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2011. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  14. ^ Orthopedic Foundation for Animals. "Thyroid Statistics" [Statistik Tiroid] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2013. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  15. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn S. (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Baka ekstan
Baka pupus