Cacing kerawit

Necator americanus dan Ancylostoma duodenale
Pengelasan saintifik
Alam:
Animalia
Filum:
Nematoda
Kelas:
Secernentea
Order:
Strongiloidae
Keluarga:
Ancylostomatidae
Genus:
Necator/Ancylostoma
Spesies

Spesies N. americanus dan A. duodenale

Cacing kerawit atau Cacing keruit (bahasa Inggeris:hookworm) ialah nematod parasit yang hidup di dalam usus kecil perumahnya, iaitu mungkin mamalia seperti anjing, kucing, atau manusia. Dua spesies cacing kerawit biasanya menjangkiti manusia, Ancylostoma duodenale dan Necator americanus. A. duodenale banyak terdapat di Asia Tengah, Afrika Utara, India dan (dahulunya) di selatan Eropah, sementara N. americanus banyak terdapat di Amerika, Sub-Sahara Afrika, Asia Tenggara, China, dan Indonesia. Cacing kerawit telah menjangkiti lebih daripada 600 juta orang di seluruh dunia. Spesies A. braziliense dan A. tubaeforme menjangkiti kucing, manakala A. caninum menjangkiti anjing. Uncinaria stenocephala menjangkiti anjing dan kucing.

Pautan luar

  • CDC Department of Parasitic Diseases images of the hookworm life cycle Diarkibkan 2009-12-24 di Wayback Machine
  • Centers for Disease Control and Prevention
  • Dog hookworm (Ancylostoma caninum) at MetaPathogen: facts, life cycle, references Diarkibkan 2010-08-30 di Wayback Machine
  • Human hookworms (Ancylostoma duodenale and Necator americanus) at MetaPathogen: facts, life cycle, references Diarkibkan 2009-07-09 di Wayback Machine