Daerah Kunak

Daerah Kunak
Daerah di Sabah
Mercu Tanda Kunak
Mercu Tanda Kunak
Jata Daerah Kunak
Jata
Lokasi Daerah Kunak
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
Pusat pentadbiranPekan Kunak
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kunak
 • Pegawai DaerahJuraimin Haji Jadil
 • ADUNNorazlinah Binti Arif (GRS-GAGASAN) (Kunak)
Keluasan
 • Jumlah1,139 km2 (440 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah68,893
 • Kepadatan60/km2 (160/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSD
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/pd.knk/

Kunak ialah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Tawau, timur negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kunak. Majoriti penduduk di Daerah Kunak merupakan masyarakat beretnik Bajau dan Bugis.

Etimologi

Kunak pada asalnya dikenali dengan nama "Mostyn". Nama Kunak dipercayai berasal daripada sebuah kapal laut yang berlabuh di Teluk Darvel pada tahun 1960.

Sejarah

Pada mulanya, Kunak ditadbir di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu tetapi mencapai status sebagai sebuah daerah penuh pada 1 Jun 1981.[2]

Pentadbiran

Daerah Kunak ditadbir oleh Majlis Daerah Kunak yang berpusat di Pekan Kunak. Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai yang merangkumi 35 buah kampung.

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200052,271—    
201062,851+20.2%
202068,893+9.6%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kunak ialah seramai 68,893 orang dengan kepadatan penduduk 60 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana.[4] Majoriti penduduk di daerah Kudat merupakan Bumiputera termasuklah etnik Bajau, Suluk, Bugis, Melayu Cocos, Kadazan-Dusun.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 1,604
Bumiputera lain 29,892
Cina 614
India 79
Lain-lain 2,039
Bukan warganegara - 34,665
Jumlah 68,893

Agama

Di daerah Kunak, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 96 peratus diikuti agama Kristian sebanyak tiga peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan awam

Pejabat Daerah Kunak

Jeti A terletak kira-kira lima kilometer dari bandar yang bernama Pengkalan Kunak. Sebatang jalan tunggal dibarisi oleh kedai papan (mungkin setinggan) membawa kepada jeti dan pasar basah.

Pada tahun 2002, sebuah hospital kerajaan 76 katil talah dibina di bandar tersebut. Pada masa yang sama, sebatang lebuh raya baharu menghubungkan Kunak ke bandar Semporna juga telah dibuka.[5][2]

Jalan Kunak-Semporna

Sekolah

Terdapat tiga buah sekolah menengah utama di Kunak iaitu SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan SMK Madai. Kunak juga mempunyai beberapa sekolah kebangsaan seperti SRJK Cina (C) Pai Sheng , SK Kunak 1, SK Kunak Jaya dan SK Ladang Binuang.

Ekonomi

Masjid Nurul Iman, Masjid Daerah Kunak

Sektor pertanian merupakan aktiviti utama bagi daerah Kunak. Kira-kira 80,000 hektar kawasan tanah di daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di daerah Kunak. Mengikut laporan daripada Jabatan Pertanian,[bila?] tanah seluas 72,272.75 hektar telah ditanami dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan tanaman-tanaman kontan lain. Antara syarikat besar yang mempunyai estet di daerah ini ialah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di daerah Kunak.[perlu rujukan]

Koko

Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960-an. Bagaimanapun, tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan yang mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini,[bila?] keluasan tanaman koko di daerah Kunak ialah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke bandar Tawau di mana terdapat kilang memproses biji koko. [perlu rujukan]

Perikanan

Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan[nyatakan menurut siapa?] telah menjadi satu tradisi bagi penduduk bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan ialah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini ialah 254 buah. Selain daripada nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada tahun 1997 dan 1998 ialah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri (Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000).

Galeri

  • Salah satu kedai lama di Kunak.
    Salah satu kedai lama di Kunak.
  • Tangki simpanan minyak sawit di Sime Darby di Kunak.
    Tangki simpanan minyak sawit di Sime Darby di Kunak.
  • Matahari terbenam di Kunak
    Matahari terbenam di Kunak

Rujukan

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ a b "Places of Interest in Kunak" [Tempat yang Menarik di Kunak]. www.eTawau.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 7 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ "Projek Terdahulu". Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kunak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-06. Dicapai pada 7 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar

  • Pejabat Daerah Kunak
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik