Dang Anom

Dang Anom
Poster filem Filem Dang Anom.
PengarahHussein Haniff
Dibintangi
  • Nordin Ahmad
  • Fatimah Ahmad
  • Mahmud Jun
  • M. Amin
SinematografiHitam-putih
Syarikat
penerbitan
Cathay-Keris Film Productions
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1962
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Dang Anom merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1962. Filem Dang Anom diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah

Filem Dang Anom diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1962.

Ringkasan

Filem ini mengisahkan mengenai Dang Anom anak kepada Sang Rajuna Tapa, yang ditunangkan kepada Panglima Malang. Bagaimanapun, Sultan telah jatuh hati kepadanya dan menjadikannya sebagai gundik. Panglima Malang telah mencuri masuk ke istana untuk berjumpa dengan Dang Anom tetapi telah ditangkap. Akibatnya kedua mereka dihukum bunuh. Sang Rajuna Tapa kemudiannya membuka pagar kota dan membiar tentera Majapahit masuk sebagai ikthiar menyelamatkan anaknya.

Pelakon

  • Nordin Ahmad sebagai Panglima Malang
  • Fatimah Ahmad sebagai Dang Anom
  • Mahmud Jun
  • M. Amin sebagai Sultan
  • Roseyatimah
  • Yusof Latiff
  • Ahmad Nisfu sebagai Sang Rajuna Tapa
  • Siti Tanjung Perak
  • Aini Jasmin
  • Murni Sarawak sebagai Dayang Istana
  • Mariam Baharum

Lagu


Pautan luar

  • Dang Anom / 1962 - Filem Malaysia