Dirham

Dirham perak zaman Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz

Dirham (Arab: دِرهَمcode: ar is deprecated , bahasa Amazigh: ⴰⴷⵔⵉⵎ adreem) ialah unit matawang yang digunakan di seberapa negara, khususnya negara-negara Arab.

Nama unit ini datang daripada drakhma, suatu unit timbangan perak dan mata wang yang pernah wujud zaman Yunani Purba.[1][2] Sukatan ini pula datang daripada perkataan bahasa Yunani δράσσομαι drássomaicode: grc is deprecated "saya genggam" (I grasp) atau lebih tepat lagi "segenggam" (As much as one can hold in the hand);[2][3] yakni segenggam batang-batang tembaga atau perak bernilai iaitu obolos.

Sebagai matawang

Negara-negara ditandakan yang masih menggunakan dirham:
Kawasan bertanda merah - dirham sebagai nilai utama
Kawasan bertanda hijau - dirham sebagai nilai kecil

Terdapat sebilangan negara yang masih menggunakan unit ini sebagai matawang semasa, hampir semuanya dalam Liga Arab. Unit ini dipergunakan baik sebagai nilai utama yang besar mahupun nilai bahagian kecil dalam bentuk duit syiling sepertimana sen.

Ada tiga unit besar yang bernama "dirham" iaitu:

Dirham sebagai suatu unit kecil bahagian suatu unit besar pula dipakai matawang berikut:

  • Dinar Libya, 1 dinar dibahagikan kepada 1,000 dirham
  • Riyal Qatar, 1 riyal dibahagikan kepada 100 dirham
  • Dinar Jordan, 1 dinar dibahagikan kepada 10 dirham
  • Somoni Tajikistan, 1 somoni dibahagikan kepada 100 Diram

Lihat juga

  • Dinar
  • Fals

Rujukan

  1. ^ Oxford English Dictionary, 1st edition, s.v. 'dirhem'
  2. ^ a b Liddell, Henry George; Scott, Robert. δραχμή. A Greek–English Lexicon. Perseus Project.
  3. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert. δράσσομαι. A Greek–English Lexicon. Perseus Project.

Pautan luar