Donkey High School

Donkey High School
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Tarikh penerbitan2010
Watak utamaRatz
Pasukan kreatif
KaryaJo

Donkey High School ialah novel grafik berwarna dan bergenre humor oleh Jo.

Sinopsis

Satu kelas yang penuh dengan pelajar pelik. Ada yang dah ulang tingkatan beberapa kali, Ada yang suka kumpul haiwan pelik, Ada otaku dan banyak lagilah karakter yang menyusahkan sesama pelajar. Mengisahkan tentang, Ratz yang kembali ke sekolah dan masuk ke kelas yang begini.

Watak-Watak

Watak Utama

Ratz

Ratz ialah pelajar yang terpaksa ulang tingkatan kerana sebab-sebab tertentu.

Catz

Catz selalu memainkan watak sebagai ketua tetapi baik hati. Dia suka menyimpan haiwan-haiwan yang pelik.

Watak Sampingan

Antz

Antz ialah watak yang senang dibuli tapi suka menolong orang lain.

Coralz

Coralz mempunyai badan yang kecil. Dia suka membaca komik dan menonton animasi.

Sparrowz

Sparrowz ialah kawan baik Catz yang rapat. Dia selalu mendengar nasihat Catz dan menganggapnya sebagai tuan.

Pautan Luar

  • http://www.gempakstarz.com/products_novel_details.php?id=541 Diarkibkan 2012-03-03 di Wayback Machine