Duda Terlajak Laris

  • Drama
  • Cinta
  • Komedi
  • Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Duda Terlajak Laris (novel) karya Aifa Batrisya.PenciptaAifa BatrisyaDitulis olehNor Shuhadatul Ain ZakariaPengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
  • Idris Khan
  • Zara Zya
  • Wawa Zainal
  • Kuza Muzani
  • Arash Mohamad
  • Idris Md Diah
  • Laila Nasir
  • Rafe Sumanteri
Lagu pembukaanCinta Yang Sempurna - QandaLagu penutupCinta Yang Sempurna - QandaNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod26PenerbitanPenerbit eksekutifHemanathan PaulPenerbitZulkiflee Mohd SaidPenyuntingHaniffa Jhonasrol
Syazwan Roslan
M. Razlan Azhar
Norhasyimah OmarLokasi
  • Kuala Lumpur
  • Perak
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks StudiosPenyiaranSaluran asalTV3 (Slot Akasia)Siaran asal11 April 2016 – 24 Mei 2016

Duda Terlajak Laris ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Fairuz Loy dibintangi oleh Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal.[1][2] Diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Aifa Batrisya, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 11 April 2016 hingga 24 Mei 2016 menggantikan Tundukkan Playboy Itu .

Sinopsis

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpurdah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Penampilan Khas

Rujukan

  1. ^ "Drama Duda Terlajak Laris (TV3)". My Infotaip. 11 April 2016. Dicapai pada 11 April 2016.
  2. ^ Budiey (9 April 2016). "Tiga sebab kenapa anda wajib tonton Duda Terlajak Laris di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 April 2016.
  3. ^ Zaidi Mohamed (17 Januari 2016). "'Abang Sado' Idris Khan idam wanita matang". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2016.
  4. ^ Zaidi Mohamed (29 Februari 2016). "Zara Zya teringin naik pelamin". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2016.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 7:02 petang
Sebelumnya Duda Terlajak Laris Berikutnya
Tundukkan Playboy Itu Seindah Takdir Cinta