Feeza

  • Pop
  • balada
PekerjaanPenyanyiInstrumenVokalTahun aktif1996–2000, 2005, 2019–kini
Syarikat rakaman
  • Jalil Hamid Production
  • Pony Canyon

Hafiza Shaari, lebih dikenali sebagai Feeza ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih pengiktirafan meluas pada 1996 menerusi lagu "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" yang merupakan single pertamanya.[1] Kehadirannya dalam industri muzik sezaman dengan Siti Nurhaliza, Rozita Izlyn dan Krisya. Pada tahun 2019, beliau ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim keenam.[2][3]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya nyanyian pada 1996 dengan melancarkan single pertamanya, "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" ciptaan Azmeer, seterusnya muncul dengan album studio pertama (dan terakhir), Kehadiran.[4] Feeza pernah dipilih mewakili Malaysia di Festival Muzik Asia yang berlangsung di Yoshinogari, Jepun pada 4 dan 5 Oktober 1997.[5] Bagaimanapun, hanya selepas empat tahun aktif dalam bidang muzik, pada 2000 beliau menamatkan kerjaya sebagai penyanyi dan menerima tawaran bekerja sebagai artis budaya di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Beliau seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Integriti biarpun masih aktif menjayakan persembahan majlis anjuran MPSJ termasuk menerima tawaran nyanyian di majlis korporat.[6]

Pada tahun 2005, beliau membuat kemunculan semula dengan merakamkan dua lagu baru, "Antara Kasih" dan "Kasihan" hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dengan menggunakan wang simpanan sendiri. Bagaimanapun, ia menjadi kegagalan komersial.[7]

Gegar Vaganza 2019

Lihat juga: Gegar Vaganza (musim 6)

Feeza merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim keenam pada 2019. Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila tersingkir di konsert minggu keenam berikutan mendapat markah terendah.[8] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 6)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" Dirinya sendiri Ke-10 SELAMAT
Minggu 2 Cari Makan "Cinta Tersimpul Rapi" Anis Suraya Ke-7 SELAMAT
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Temberang" Ayda Jebat Ke-4 SELAMAT
Minggu 4 Haa Tepuk "Bagaikan Sakti" (duet bersama Hafiz Suip) M. Nasir & Siti Nurhaliza Pertama SELAMAT
Minggu 5 Curahan Hati "Jutaan Purnama" Alyah Ke-6 SELAMAT
Minggu 6 Melets/Meletop "Terus Mencintai" Siti Nordiana Ke-3 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi

Feeza berkahwin dengan Ahmad Zahid Hassan pada Oktober 2000[9] dan dikurniakan 4 anak – Muhd Hafizul Iqram, Nur Alesya Humaira, Muhd Zahirul dan Nur Zahirah.[10] Pasangan ini bercerai pada 2010 dengan Feeza mendapat hak penjagaan terhadap anak sulungnya manakala tiga lagi anaknya tinggal bersama bekas suaminya.

Diskografi

Album

  • Kehadiran (1996)

Single

  • "Ungkapan Kata Bernafas Cinta" (1996)
  • "Antara Kasih" (2005)
  • "Kasihan" (2005)

Rujukan

  1. ^ Tan Ling Ai (31 Oktober 1996). "Feeza gets to realise her dream". New Straits Times. Dicapai pada 25 April 2020.
  2. ^ Ramlah Zainal (14 April 2018). "Rancang kemunculan semula". Harian Metro. Dicapai pada 25 April 2018.
  3. ^ "Sham Visa, Mazleela dan Feeza antara peserta Gegar Vaganza 6, ini barisan lengkap para pesertanya". Media Hiburan. 24 September 2019. Dicapai pada 25 April 2020.
  4. ^ Haryani Ismail (20 Jun 1997). "Feeza adalah Feeza, bukan Ziana". Berita Harian Singapura. m/s. 6.
  5. ^ Hartati Hassan Basri (14 Oktober 1997). "Feeza bagai Mariah Carey". Harian Metro. Dicapai pada 25 April 2020.
  6. ^ Hanisah Selamat (12 Januari 2005). "Feeza kembali demi cinta". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2005. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  7. ^ Abdul Aziz Itar (15 Februari 2005). "Feeza - Album terbengkalai tujuh tahun". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2005. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  8. ^ Wawann Mohd (17 November 2019). "Perjalanan Feeza di pentas GV6 terhenti pada minggu suku akhir". Sinar Harian. Dicapai pada 25 April 2020.
  9. ^ "Feeza mengakhiri zaman dara". Utusan Malaysia. 10 Oktober 2000. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  10. ^ Amri Hassan (15 Oktober 2019). ""Jodoh tu susah sangat..." - 10 tahun menjanda, Feeza minat lelaki macam Remy Ishak". Astro Gempak. Dicapai pada 25 April 2020.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Musim 1
Musim 2
Musim 3
Musim 4
Musim 5
Musim 6
Musim 7
Musim 8
Musim 9
1 menunjukkan telah meninggal dunia.