Gabenor Sumatera Barat

Gabenor Sumatera Barat
Gubernur Sumatera Barat
Penyandang
Mahyeldi
sejak 25 Februari 2021 (2021-02-25)
JenisProvinsi
InstitusiPemerintah Provinsi Sumatera Barat
KediamanGabenoran Sumatera Barat, Jalan Sudirman, Padang
PeloporResiden Sumatera Barat (1 Oktober 1945 - 16 Mei 1958)
Dibentuk17 Mei 1958; 66 tahun yang lalu (1958-05-17)
Pemegang pertamaKaharuddin Datuk Rangkayo Basa
SenaraiSenarai Gabenor Sumatera Barat
Tapak webhttp://www.sumbarprov.go.id
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gabenor Sumatera Barat ialah jawatan pemimpin bagi provinsi Sumatera Barat di Indonesia. Sejak Sumatera Barat dibentuk menjadi sebuah provinsi pada 1958, gabenor pertama mula dilantik pada 17 Mei 1958 dengan Kaharudin Datuk Rangkayo Basa menjadi penyandang pertama.[1][2]

Penjawat Gabenor Sumatera Barat kini ialah Mahyeldi Ansharullah yang menyandang sejak Februari 2021.[3]

Pemilihan

Gabenor Sumatera Barat dan timbalannya dipilih melalui pilihan raya gabenor, yang merupakan salah satu daripada pilihan raya ketua daerah, yang dipilih secara langsung oleh rakyat, daripada kumpulan pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang dicadangkan oleh parti politik atau gabungan politik yang layak mencadang.[4]

Senarai penjawat

Pejabat dan kediaman

Kompleks Pejabat Gabenor Sumatera Barat terletak di Jalan Sudirman, Padang.[5] Selain mempunyai bangunan pejabat yang digelar Rumah Bagonjong,[6] ia turut mempunyai sebuah masjid[7]

Kediaman rasmi

Kompleks kediaman rasmi gabenor juga terletak di jalan yang sama, bertentangan dengan pejabat.[8] Kompleks kediaman rasmi dibina dengan seni bina kolonial kerana disesuaikan dengan seni bina bangunan Auditorium Gubernuran. Ia menempatkan rumah induk, garaj dan pondok pengawal.[3]

Kenderaan

Kenderaan rasmi bagi Gabenor Sumatera Barat ialah Mitsubishi Pajero Sport Dakar 4x4.[9] Ia mula digunakan pada Ogos 2021 menggantikan Toyota Fortuner yang digunakan sejak 2016.[10]

Rujukan

  1. ^ "Provinsi Sumatera Barat: Pesona Alam di Bumi Minangkabau". Kompaspedia (dalam bahasa Indonesia). 2023-09-29. Dicapai pada 2024-09-17.
  2. ^ "Mengenang 29 tahun wafatnya Kaharoeddin Dt. Rangkayo Basa, Gubernur Sumbar Pertama". Aswil's Personal Repository (dalam bahasa Inggeris). 2010-05-07. Dicapai pada 2024-09-17.
  3. ^ a b SS, Joe Satriani (2021-02-25). "Resmi Menjabat Gubernur Sumbar, Mahyeldi Tempati Rumah Senilai Rp 15 Miliar | Ragam Sumbar" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-09-17.
  4. ^ "Dulu Pilkada, Lalu Pemilukada, Kini Pilgub". detiknews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-09-17.
  5. ^ Agency, ANTARA News (2024-04-09). "Pemprov Sumbar siapkan fasilitas shalat Id di halaman kantor gubernur". Antara News Sumbar. Dicapai pada 2024-09-17.
  6. ^ "Rumah Dinas Wagub Dibangun di Komplek Gedung Pemerintahan". Obsession News | Berita Analisis, Terpercaya (dalam bahasa Indonesia). 2016-10-16. Dicapai pada 2024-09-17.
  7. ^ "Masjid Baitul Auliya Lingkungan Kantor Gubernur Sumbar Diresmikan". Berita Minang (dalam bahasa Indonesia). 2018-02-20. Dicapai pada 2024-09-17.
  8. ^ "Wah, Giliran Pembangunan Gedung di Rumah Dinas Ketua DPRD Sumbar Disorot | Jernih News". www.jernihnews.com (dalam bahasa Indonesia). 2021-08-20. Dicapai pada 2024-09-17.
  9. ^ antaranews.com (2021-08-19). "Gubernur Sumbar serahkan mobil dinas baru untuk Satgas COVID-19". Antara News (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-09-17.
  10. ^ "Fortuner Gubernur Sumbar Disebut Rusak Parah, Toyota: Bisa Diperbaiki". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-09-17.