Gwee Tong Hiang

YB Gwee Tong Hiang merupakan ahli politik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan , negeri Johor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan Bentayan , negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 9118 undi dengan majoriti 2796 undi.

Kontroversi

Pada 1 Oktober 2011, beliau mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas. Beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.[1]


Lihat juga

  • Laman rasmi YB Gwee Tong Hiang


Rujukan

  1. ^ "ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti", Malaysiakini.com, 1 Oktober 2011.