Halifax, Nova Scotia
Halifax (nama penuh: Halifax Regional Municipality) ialah ibu negeri wilayah Nova Scotia di bahagian timur laut Kanada. Penduduknya berjumlah 390,096 orang (bancian 2011), yang mana 297,943 orang ialah dalam kawasan metropolitan.[1][2]. Halifax ialah bandar terbesar di Kanada Atlantik.
Bandar ini merupakan pusat ekonomi utama di timur Kanada dengan penumpuan agensi kerajaan dan syarikat swasta.
Bandar kembar
- Hakodate, Jepun (1982)
- Campeche, Mexico (1999)
- Norfolk, Virginia, A.S. (2006)
Rujukan
Pautan luar
- Halifax Regional Municipality