Haloba
- Drama
- Cinta
- Konflik
- dendam
Chooi Keen
- Aiman Hakim Ridza
- Afifah Nasir
- Sherry Ibrahim
Nurfatihah Hanisam
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Haloba ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Emi Suffian, dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir , dan Sherry Ibrahim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 3 Oktober 2023 menggantikan Pemburu Rahsia. [1]
Sinopsis
Mengisahkan Erina yang pulang dari luar negara berusaha merampas kebahagian daripada rumahtangga Raif yang mempunyai dua orang isteri dan seorang anak tunggal. Mampukah dia menggantikan kedudukan dua orang isteri yang taat setia pada Raif?
Pada hari pertama bekerja di syarikat Asia Dinamik, Rina telah menyinggung perasaan Alia dihadapan lembaga pengarah. Semenjak peristiwa itu dia dibuli dengan bebanan kerja dan dimalukan dengan gurauan melampau. Dengan bantuan Misha, Rina dipanggil semula bekerja dan Raif berpuas hati dengan kerja Rina. Hubungan Raif dan Rina juga semakin mesra.
Pelakon
Pelakon utama
- Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
- Afifah Nasir sebagai Erina
- Sherry Ibrahim sebagai Aliya
- Shiqin Kamal sebagai Misha
- Ieda Moin sebagai Kak Zura
- Shah Iskandar sebagai Taufik
- Izz Ilham sebagai Adam
- Syaffiq Sahli sebagai Hadi
- Zila Bakarin sebagai Laila
Rujukan
- ^ "Drama Haloba". Myinfotaip. 1 November 2023.