Hamzah bin Abdul Muttalib

Hamzah bin Abdul Muttalib
Kelahirans. 568 M
Makkah
Meninggal dunias. Mac 625 (berumur 56–57)
Gunung Uhud
PekerjaanPanglima Perang, Panglima Angkatan Memanah
Terkenal keranaSahabat Nabi, Singa Allah
SaudaraNabi Muhammad s.a.w. (anak saudara)

Hamzah bin Abdul Muttalib (Arab: حمزه بن عبدالمطلبcode: ar is deprecated ; b.568[1]-d.625) diperkirakan lahir pada waktu hampir sama dengan Nabi Muhammad code: ar is deprecated . Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Nabi Muhammad code: ar is deprecated , dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Nabi Muhammad code: ar is deprecated , ini kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.[2]

Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahb terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.

Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam

Kehidupannya

Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda."[1] Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (Arab: أسد اللهcode: ar is deprecated ) kerana keberaniannya.

Selain Hamzah ialah pakcik saudara/bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad code: ar is deprecated , Saidina Hamzah ini juga merupakan adik beradik sesusu dengan baginda Nabi. Hal ini seperti dikhabarkan dalam Hadis Sahih riwayat Imam Muslim:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم

تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم

أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ

أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ

قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ

yang bermaksud:

Dari Ummu Salamah isteri Nabi code: ar is deprecated : "Ditanyakan orang kepada Rasulullah code: ar is deprecated : "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah? atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi code: ar is deprecated menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"

Memeluk Islam

Hamzah tidak mengambil tahu sangat mengenai Islam pada awalnya. Beliau tidak menyahut seruan pertama Nabi Muhammad kepada Bani Hashim pada 613.[3]

Beliau memeluk Islam pada akhir 615 atau awal 616,[4] selepas diberitahu Abu Jahal menghina dan mencederakan baginda.[5]

Jasa dan perjuangannya

Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy iaitu Utbah dan Shaibah.

Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.

Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:

"Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Rujukan

  1. ^ a b "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-27. Dicapai pada 2011-06-12.
  2. ^ Shahid Ashraf, "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions", Anmol Publications PVT. LTD., 2004, ISBN 81-261-1940-3 [1]
  3. ^ Muhammad ibn Ishaq, Sirat Rasul Allah. Diterjemah Guillaume, A. (1955). The Life of Muhammad, m/s. 117-118. Oxford: Oxford University Press.
  4. ^ Ibn Saad/Bewley, m/s. 3.
  5. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 108–109.
  • Lihat "Encyclopaedia of Holy Prophet and Companions" pada muka 44.
  • l
  • b
  • s
Senarai Sahabat nabi
   

Abu-Hudhayfah bin Utbah
Abu Sa'id al-Khudri
Akib bin Usaid
Al-Ala'a Al-Hadrami
Al-Baraa bin Malik al-Ansari
Al-Nahdiah
Ali bin Abi Talib
Aminah binti Wahab
Amir bin al-Jamuh
Ammar bin Yasir
Amru bin Ash
An-Numan bin Muqarrin
Anas bin Malik
Ashaab
Aqil bin Abu Thalib
Bashir bin Sa'ad
Bilal bin Rabah
Bilal bin al-Harits
Fadl bin Abbas
Fatimah binti Asad
Fatimah binti Hizam
Fayruz al-Daylami
Habibah binti Ubaidillah
Halimah As-Sa'diyah
Hamzah bin Abdul Muttalib
Haritsah binti al-Muammil
Hatib bin Abi Baitah
Hisyam bin Al-Aas
Hudhayfah bin al-Yaman
Hujr bin Adi

Ikrimah bin Abu Jahal
Ja'far bin Abi Thalib
Julaybib
Khabbab bin al-Aratt
Khadijah binti Khuwailid
Khalid bin Sa`id
Khalid bin al-Walid
Khubaib bin Adi
Khunais bin Hudhaifa
Kumail bin Ziyad
Khuzaimah bin Tsabit
Layla binti al-Minhal
Lubabah binti al-Harith
Lubaynah
Malik bin Dinar
Malik al-Dar
Malik bin Ashter
Malik bin Nuwayrah
Miqdad bin Aswad
Mua'dz bin Jabal
Muhammad bin Abu Bakar
Muawiyah bin Abu Sufyan
Muhammad bin Maslamah
Mughira bin Shu'ba
Mus'ab bin Umair
Nawfal bin Khuwaylid
Qatadah
Rab'ah bin Umayah
Rabi'ah bin Harits Sa'ad bin ar-Rabi'

Sa'ad ibn Abi Waqqas
Saffiyah binti Abdul-Muththalib
Sa’id bin Al-Ash
Said bin Amir al-Jumahi
Said bin Zayd
Salim Mawla Abu Hudhayfah
Salman Al-Farisi
Suhayb ar-Rumi
Thalhah bin Ubaidillah
Thalib bin Abu Thalib
Ubaidah bin Harits
Ubay bin Kaab
Umamah binti Zainab
Umar Al-Khattab
Ummi Kultsum binti Ali
Ummi Kultsum binti Jarwila Khuzima
Ummi Syarik
Ummi Ubays
`Uqbah bin Amir
Urwah bin Mas'ud
Usamah bin Zaid
Utbah bin Ghazwan
Uthman bin Affan
Utsman bin Hunaif
Uwais Al-Qarni
Wahab bin Abd Manaf
Wahsyi
Waraqah bin Naufal
Zaid bin Arqam
Zaid bin Harithah
Zaid bin Thabit
Zainab binti Ali
Zubair bin Awwam