Hatchback

Toyota Yaris adalah salah satu hatchback yang popular di dunia.

Hatchback merupakan bentuk kereta penumpang 2-Box berasaskan sedan, dengan bahagian belakangnya lebih pendek dan pintu bagasi yang berpadu dengan kaca belakang. Pintu bagasi ini membuka ke atas dan ruang bagasi bergabung dengan ruang penumpang.

Kereta dengan bentuk Hatchback biasanya termasuk dalam kategori City car atau kereta mini, kereta kecil (segmen B), atau kereta padat (segmen C).

Hatchback mini

  • Chevrolet Spark
  • Kia Picanto
  • Toyota Aygo

Hatchback kecil

  • Ford Fiesta
  • Kia Rio
  • Hyundai i20
  • Peugeot 206
  • Renault Clio
  • Suzuki Swift
  • Toyota Starlet
  • Toyota Yaris

Hatchback kompak

  • Audi A3
  • BMW Seri 1
  • Ford Focus
  • Hyundai i30
  • Nissan Leaf
  • Nissan Pulsar
  • Nissan Latio
  • Renault Megane
  • Subaru Impreza
  • Toyota Auris
  • Toyota Corolla
  • Volkswagen Golf

Perbezaan Hatchback dengan Liftback

Toyota Corolla FX Hatchback
Toyota Corolla XLi Liftback

Hatchback dan Liftback sama-sama mempunyai pintu bagasi dengan kaca belakang yang boleh dibuka ke atas. Perbezaannya adalah bumbung hatchback sehingga di belakang atas kerusi penumpang belakang sehingga kaca belakang lebih tegak. Sedangkan liftback bumbungnya lebih pendek dan kaca bagasi lebih landai atau condong. Ruang kepala penumpang belakang pada liftback lebih sempit berbanding hatchback, tetapi dengan overhang belakang yang lebih panjang, bagasi liftback lebih luas.