Hun Haqeem
Hun Haqeem | |
---|---|
Kelahiran | Haqeem bin Hermy (1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 26) Kuching, Sarawak, Malaysia |
Pendidikan | Perakaunan & Kewangan |
Pusat pendidikan | Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2019–kini |
Ketinggian | 1.68 (5 ka 6 in) |
Hun Haqeem (lahir Haqeem bin Hermy; 7 Januari 1998) merupakan seorang pelakon, model dan hos TV lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mulai dikenali dan mendapat perhatian melalui watak Ariff dalam drama pertama Cari Aku Di Syurga[3] dan seterusnya terkenal sebagai Jaafar dalam Kampung People[4][5] dan "Kampung People 2" [6] Berikutan itu, beberapa watak yang berjaya mengukuhkan namanya sebagai anak seni berkebolehan serta mendapat sambutan hangat penggemar drama tempatan melalui Luqman "Angkara Cinta" [7],Raja Akid "Chinta Wrong Direction" [8] (2023) dan terbaharu, Aliff Hadi "W (drama web)" [9] (2023), terbitan "Viu".
Kerjaya
Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon dan model dan berjinak-jinak mendekati dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press.[10] Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan telefilem Tasbih Usang.[11] Hun membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Hapus" oleh Masya Masyitah, kemudian diikuti oleh muzik video "Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza.[12] Beliau kemudian berlakon bersama Wanna Ali dan Meerqeen dalam drama Angkara Cinta dengan memegang watak sebagai Luqman.
Kehidupan peribadi
Hun Haqeem dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. Beliau berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam.[13]
Pada 1 Mac 2020, Hun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan serius di tumit kaki kanan dan ligamen.[14][15][16]
Diskografi
- Kopitiam Rasa Sayang (2021)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2024 | Klepet | Filem pertama; Pos-produksi | |
2025 | Game Of Life | Pra-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cari Aku Di Syurga | Ariff | TV3 | Drama pertama |
Cinta Belum Tamat Tempoh | Qhalish | Astro Ria | ||
2019–2020 | Kampung People | Jaafar | TV3 | |
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Arjuna | ||
The Gadis | Mika | |||
Kampung People 2 | Jaafar / Jekfer | |||
2020–2021 | Angkara Cinta | Luqman | Astro Prima | |
2021 | Dayang Senandung | Fannan | TV Okey | |
Sihir | Hud | Astro Ria | ||
2022 | Ulya & Dini | Dini | ||
Hantu Raya Pergi Perang | Kadir Osman / Raya | Sooka | ||
2023 | Nenek Bongkok Tiga | Zamir | Viu | |
Imam Instant Ustazah Scammer | Imam Ashraf | Astro Ria | ||
Chinta Wrong Direction | Raja Akid | |||
My Famous Ex-Boyfriend | Rakan Jamie | Episod 24, penampilan khas | ||
2023–2024 | W: Two Worlds Malaysia | Alif Hadi | Viu | |
2024 | Ke Kodiang With Love | Ajib | Astro Gempak |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Tasbih Usang | Tidak diketahui | HyppTV | Telefilem pertama |
2020 | Pemuja Rahsia | Adam | TV3 | |
2021 | Tentang Alif | Mat | Astro Ria | |
2022 | Obses | Lokman | Astro Citra | |
2024 | Chinta Wrong Direction Raya | Raja Akid | Astro Ria |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020–2022 | Gempak TV | Pengacara bersama | Astro Ria | Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana |
2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta - (Roti John) | Astro Warna | Tersingkir di Semi Final (Week 9) |
Muzik video
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2020 | Hapus | Masya Masyitah |
Siapa Tak Mahu | Dato' Seri Siti Nurhaliza | |
2023 | Sudah | Ara Johari |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon |
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Pelakon Drama Lelaki Popular | Tercalon |
NONA Superhero Award | Men Style Icon | Menang |
Rujukan
- ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
- ^ Najiy Jefri (12 November 2019). Hun Haqeem pendam impian Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020) Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Drama Kampung People 2 (TV3) My Infotaip. 14 September 2020. Dicapai pada 17 Februari 2024.
- ^ [1].Asraf Aided. 20 Februari 2021. Dicapai pada 17 Februari 2024.
- ^ Drama Chinta Wrong Direction MyInfotaip. 3 Julai 2023. Dicapai pada 17 Februari 2024.
- ^ . iloveborneo. 13 April 2023.[2]". Dicapai pada 16 Februari 2024.Syazil Abd Rahim. 15 September 2023.[3]. Dicapai pada 16 Februari 2024.
- ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Februari 2021). Penampilan seiring bakat Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). Hun Haqeem tak percaya berlakon dalam muzik video Tok Ti Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
- ^ Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
- ^ Ridzwan Abd Rahman (1 Mac 2020). 'Jekfer' cedera kemalangan motosikal Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (1 Mac 2020). Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal, cedera teruk di tumit mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2020.
- ^ Aqmar Mustaza (2 Mac 2020). Alhamdulillah saya ok, kata Hun Haqeem Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
Pautan luar
- Hun Haqeem di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Hun Haqeem di Facebook
- Hun Haqeem di Twitter
- Hun Haqeem di Instagram
- Hun Haqeem di TikTok