Jamadilakhir

Jamadil Akhir (جمد الآخرcode: ar is deprecated atau Jumaada al-Akhir and Jumada al-Akhira (جمادى الآخرcode: ar is deprecated , yang turut ditransliterasi Ǧumādā al-ʾĀḫir/jumādā al-āḵir, IPA: [d͡ʒʊˈmæːdæ lˈʔæːxɪr]; juga disebut sebagai Ǧamādā alʾĀḫir/jamādā al-āḵir, IPA: [d͡ʒæˈmæːdæ lˈʔæːxɪr]).

Turut dikenal juga sebagai Jumada al-Thani (Arab: جمادى الثانيcode: ar is deprecated , juga ditransliterasi Ǧumādā aṮ-Ṯānī, IPA: [d͡ʒʊˈmæːdæ θˈθæːniː]; turut disebut Ǧamādā aṮ-Ṯānī, IPA: [d͡ʒæˈmæːdæ θˈθæːniː]) adalah bulan keenam dalam Takwim Hijrah.

Ini ialah bulan yang keenam dalam bulan-bulan Islam. Asal-usul perkataan daripada kata akar Jumda, yang digunakan untuk menyatakan tanahyang kering: tanah yang tidak ditimpa hujan, lantas menunjukkan yag ini ialah bulan-bulan kering.


Peristiwa penting

  • Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan ke-6 dalam kalendar Islam. Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam [[Peperangan Yarmuk]] pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
  • Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Uthman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadil Awal.

Ringkasan peristiwa

Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah
Muharam | Safar | Rabiulawal | Rabiulakhir | Jamadilawal | Jamadilakhir | Rejab | Syaaban | Ramadan | Syawal | Zulkaedah | Zulhijah



  • l
  • b
  • s
Hari dan bulan dalam setahun Hijrah
Hari ini: 9 Syawal 1445 Hijrah
Muharam
Safar
Rabiulawal
Rabiulakhir
Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab
Syaaban
Ramadan
Syawal
Zulkaedah
Zulhijah