Kampung Lagau

Kampung Lagau is located in Bumi
Kampung Lagau
Kampung Lagau (Bumi)
Koordinat: 4°40′39″N 115°04′32″E / 4.6776°N 115.0755°E / 4.6776; 115.0755Koordinat: 4°40′39″N 115°04′32″E / 4.6776°N 115.0755°E / 4.6776; 115.0755NegaraBruneiDaerahTemburongMukimBangarPenduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah67Zon waktuUTC+8 (BNT)Poskod
PA4351

Kampung Lagau ialah sebuah kampung dalam Mukim Bangar di Daerah Temburong, Brunei. Ia terletak kira-kira 4.7 kilometer (2.9 batu) dari Pekan Bangar. Poskod bagi Kampung Lagau ialah PA3451.[2]

Asal nama

Asal nama kampung ini mengikut cerita lisan dari orang-orang tua dinamakan oleh Puak Murut. Menurut cerita mereka, kononnya pada suatu masa tertentu penduduk kampung terdengar bunyi suara seperti orang melagau (memanggil) dari arah sebuah bukit berdekatan kampung itu dan selang beberapa hari akan ada orang meninggal dunia (menurut kepercayaan puak Murut). Sekarang kepercayaan tersebut tidak ada lagi dan berdasarkan cerita inilah kampung ini dikenali sebagai Kampung Lagau. Kampung Lagau mempunyai penduduk seramai 82 orang dan terdapat 17 buah rumah di kampung ini. Kebanyakkan penduduknya terdiri dari Puak Murut dan tujuh orang penduduk dari keluarga cina. Di kampung ini terdapat sebuah bengkel kereta yang memberi perkhidmatan membaiki kereta, mencuci kereta, ‘servicing’ kereta dan lain-lain, yang dimiliki oleh salah seorang penduduk kampung yang berbangsa Cina.[3]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  2. ^ "Buku Panduan Poskod Negara Brunei Darussalam [Edisi Kedua]" (PDF). post.gov.bn. m/s. 47. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  3. ^ Majlis Perundingan Kampung Belingos. - Sejarah Kampung.


Ikon tunas

Rencana berkenaan geografi dan tempat di Brunei ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s