Kampung di Jepun
Bahagian Pentadbiran Jepun |
---|
Peringkat Prefektur |
Prefektur (都道府県 todōfuken) |
Peringkat Subwilayah |
Subwilayah (支庁 shichō) Daerah |
Peringkat Kawasan Perbandaran |
Bandar Terancang (政令指定都市 seirei-shitei-toshi) Bandar Utama Bandar Istimewa Bandar Wad Istimewa (Tokyo) Pekan Kampung |
Peringkat Subkawasan Perbandaran |
Wad (区 ku) |
Kampung (村 mura, juga dikenali sebagai son) merupakan salah satu unit pentadbiran tempatan di Jepun.
Ianya merupakan badan awam tempatan bersama-sama dengan wilayah (県 ken, atau pun yang sama maksud dengannya), bandar (市 shi) dan pekan (町 chō, ataupun machi).
Pada asalnya, kampung merupakan sebuah kawasan penempatan yang sangat besar daripada apa yang ada pada masa kini, tetapi selepas di bahagikan menjadi sebahagian daripada daerah yang kemudiannya dibahagikan kepada pekan, maka kawasan yang bukan dibawah daerah serta pekan tersebutlah kawasan perkampungan pada masa kini.
Selepas daripada proses pergabungan kawasan perbandaran, bilangan kampung-kampung di Jepun mula berkurangan.
Wilayah tanpa kawasan perkampungan
Berikut merupakan senarai wilayah pada masa kini yang sudah tidak mempunyai kawasan perkampungan dalam lingkungan wilayah. (Sehingga 1 April 2008)
Hanya wilayah Hyōgo dan Kagawa sahaja yang tidak pernah mempunyai kawasan perkampungan sebelum pergabungan kawasan perbandaran digubalkan.
Wilayah yang masih mempunyai kawasan perkampungan
Berikut merupakan senarai wilayah pada masa kini yang masih mempunyai kawasan perkampungan dalam lingkungan wilayah. (Sehingga 1 April 2008).
- Kanagawa (Kiyokawa, Daerah Aiko)
- Kyōto (Minamiyamashiro, Daerah Soraku)
- Miyagi (Ōhira, Daerah Kurokawa)
- Ōita (Himeshima, Daerah Higashikunisaki)
- Ōsaka (Chihayaakasaka, Daerah Minamikawachi)
- Saitama (Higashichichibu, Daerah Chichibu)
- Shimane (Chibu, Daerah Oki)
- Tokushima (Sanagōchi, Daerah Myōdō)
- Tottori (Hiezu, Daerah Saihaku)
- Toyama (Funahashi, Daerah Nakaniikawa)
- Wakayama (Kitayama, Daerah Higashimuro)
Lihat Juga
- Perbandaran Jepun
- Sistem alamat rumah Jepun
- Kawasan perkampungan semasa zaman Edo
Rujukan
Pautan Luar