Kesatuan Melayu Singapura
Kesatuan Melayu | |
---|---|
Nama jawi | کساتوان ملايوcode: ms is deprecated |
Nama Mandarin | 马来人联合会code: zh is deprecated Mǎlái rén liánhé huì |
Nama Tamil | மலாய் ஐக்கியம்code: ta is deprecated Malāy aikkiyam |
Singkatan | KMS |
Pengasas | Mohamed Eunos Abdullah |
Ditubuhkan | 14 Mei 1926 |
Dibubarkan | 1961 |
Ibu pejabat | Singapura |
Penggabungan kebangsaan | Parti Perikatan Singapura (1955 - 1957) |
Politik Singapura Parti politik Pilihan raya |
Kesatuan Melayu Singapura (bahasa Inggeris: Singapore Malay Unioncode: en is deprecated ) ialah sebuah parti politik di Singapura.
Sejarah
Politik Singapura |
---|
Negara Anggota ASEAN |
Pemerintahan
|
Perundangan
|
Eksekutif
|
Kehakiman
|
Pilihan raya |
Parti politik
|
|
Portal Singapura |
|
Parti ini ditubuhkan pada 14 Mei 1926 sebagai sebuah pertubuhan agama, budaya dan kebajikan bagi masyarakat Melayu Singapura.[1] oleh Mohamed Eunos Abdullah[2]. Pada 1954, ia menjadi satu daripada tiga parti politik yang bekerjasama membentuk Barisan Buroh (LF) bersama-sama Parti Buruh Demokratik dan Parti Sosialis Singapura.[3] Apabila keputusan dibuat untuk menggabungkan semua parti menjadi satu, KMS menarik diri dan menyertai Parti Perikatan Singapura bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) – yang mana cabang Singapuranya ditubuhkan oleh pemimpin KMS) – dan Persatuan Cina Tanah Melayu.[1]
Dalam pilihan raya umum 1955, KMS telah menghantar calon tunggal,[1] Mohamed Sidik Abdul Hamid, di kawasan undi Pulau-pulau Selatan. Beliau telah menang dengan perolehan 50.6% undi.[4]
KMS turut menurunkan seorang calon dalam pilihan raya kecil Cairnhill 1957, tewas dengan hanya menerima 17% undi sahaja. Walau bagaimanapun, KMS sebelum ini telah bersetuju dengan anggota Perikatan untuk tidak menghantar calon, menyebabkan mereka dikeluarkan daripada Perikatan atas perbuatan tersebut.[1]
Selepas mencuba tetapi gagal membentuk perikatan baharu dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Parti Rakyat, KMS bertanding dalam pilihan raya umum 1959 sendirian.[1] Mereka menghantar tiga orang calon, tetapi hanya memperoleh 0.5% daripada jumlah undi, dan tewas di semua kerusi.
Selepas Ordinan Persatuan dikuatkuasakan pada 1960, KMS gagal untuk didaftarkan semula.[1]
Rejukan
Templat:Singaporean political parties