Kor Sukarelawan Siswa Siswi

Perarakan General Inspektor Ketua Polis Negara semasa majlis tamat latihan Kor SUKSIS di UTM.

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau ringkasnya Kor SUKSIS ialah sebuah badan beruniform polis bagi mahasiswa - mahasiswi di universiti - universiti awam di seluruh Malaysia (IPTA). Mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberi status kadet dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).[1] Dianggarkan sekitar 5 peratus ahli Kor SUKSIS telah dilaporkan menyertai Polis DiRaja Malaysia selepas tamat pengajian (setakat 2012).[2]

Setiap Inspektor Kor SUKSIS PDRM yang telah ditauliahkan adalah diberi keutamaan untuk menyertai pasukan beruniform Polis Diraja Malaysia selepas mereka bergraduat dari universiti masing-masing.[3]

Sejarah

Penubuhan Kor SUKSIS bermula dengan cadangan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, selaku Menteri Dalam Negeri pada tahun 1999. [4]


Objektif penubuhan

  • Melahirkan seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis yang berpengetahuan undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta elemen disiplin (kepolisan) yang sesuai diantara Pasukan Polis dengan IPTA.
  • Mampu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai seorang Pegawai Kor SUKSIS Polis kearah mengujudkan kesedaran sivik dan hubungan baik polis dengan masyarakat.
  • Mempunyai ketahanan fizikal, mental serta personaliti bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Kor Siswa Polis.

Visi

Melahirkan Siswazah sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepolisan dan keterampilan diri yang menepati keperluan masyarakat.

Misi

Menyediakan kepada Kor SUKSIS Program Latihan berbentuk:-

  • Ketahanan mental dan fizikal diri.
  • Pengetahuan asas undang-undang dan budaya kepolisan.
  • Pengetahuan asas penggunaan dan pengendalian kelengkapan yang digunakan oleh pasukan polis.
  • Menerapkan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan PDRM dan keyakinan diri menepati sebagai seorang pemimpin.

Moto

Pendaulatan maruah negara

  • Menerapkan semangat patrotik yang kental.
  • Menyediakan pelapis pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  • Menerapkan ciri-ciri kepimpinan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kepolisan.

Konsep

  • Menegakkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.
  • Kesetiaan kepada pucuk pimpinan PDRM dan IPTA.
  • Bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman dan keselamatan.

Latihan

Sebagai ahli Kor-SUKSIS latihan yang ditetapkan ialah 360 jam iaitu 129 jam untuk latihan mingguan dan 240 jam ketika cuti semester. Pembahagian masa latihan adalah sebanyak 200 jam untuk aktiviti latihan di padang dan 160 jam untuk kelas akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian latihan boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa. Kor-SUKSIS UMS telah menetapkan aktiviti wajib yang berikut: Kawad Kaki, Kawad Senjata , Kawad Pedang, kawad tongkat, kelas senjata , Latihan Tembak, serangan ringan , ikhtiar hidup, Pertolongan Cemas, berenang, Seni pertahanan diri, Praktikal Di IPD, Latihan jati diri, makan beradab, Kelas Undang-undang , perkhidmatan / Komuniti , Kursus asas Pasukan Gerakan AM, Kor SUKSIS Annual-Camp, Kor-SUKSIS Family Day , Kor-SUKSIS Festival Sukan, Majlis Ikrar, Peperiksaan , Majlis Konvokesyen dan Majlis Pentauliahan Tamat Latihan.

Tugas

Kor Suksis adalah ahli Sukarelawan Polis dimana semasa bertugas mereka mempunyai bidang tugas dan kuasa yang sama seperti polis tetap. Namun begitu kehidupan sebagai anggota Suksis adalah lebih kepada latihan dan pelajaran dalam bidang kepolisian. Oleh itu mereka hanya dipanggil menjalankan tugas seperti ronda dan jaga aman semasa aktiviti anjuran universiti, pilihan raya, dan semasa latihan praktikal di IPD. Semasa praktikal, mereka akan mengikuti tugas tugas am balai seperti bit dan petrol, pejabat pertanyaan, ronda MPV dan lain lain yang dikira perlu.

Galeri

Rujukan

  1. ^ SUKSIS can draw more to join police
  2. ^ About 5% of Suksis university graduates have joined police force so far, says IGP.
  3. ^ Suksis provides fast track to joining the police.
  4. ^ Penubuhan Kor SUKSIS.