Laila Taib
Datuk Patinggi Puan Sri Hajah Laila Taib D.P., D.A. | |
---|---|
Kelahiran | Lejla Chaleck 1 Mac 1941 Poland |
Meninggal dunia | 29 April 2009(2009-04-29) (umur 68) Demak Jaya, Kuching, Sarawak |
Sebab kematian | Barah jantung |
Pusat pendidikan | Universiti Adelaide |
Pejabat | Isteri Ketua Menteri Sarawak |
Pendahulu | Toh Puan Normah Abdullah |
Pengganti | Toh Puan Raghad Kurdi Taib (2010) |
Pasangan | Abdul Taib Mahmud |
Anak-anak | Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib Mahmud Abu Bekir Abdul Taib Hanifah Hajar Taib |
Datuk Patinggi Puan Sri Hajjah Laila Taib (lahir sebagai Lejla Chaleck; 1 Mac 1941 – 29 April 2009) ialah isteri pertama kepada Ketua Menteri Sarawak ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau meninggal dunia pada tahun 2009 akibat barah jantung.[1]
Pendidikan dan keluarga
Laila belajar di Sekolah Tinggi Perempuan Adelaide, Australia pada 1953.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajian dalam perubatan di Universiti Adelaide pada tahun 1959.
Laila mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib Mahmud pada 13 Januari 1959 di Adelaide, Australia. Ketika itu, Abdul Taib mengikuti pengajian undang-undang di sana.
Mereka dikurniakan empat anak termasuk dua orang daripadanya terlibat dalam bidang politik, iaitu Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib dan Hanifah Hajar Taib. Laila tiba di Sarawak pada tahun 1961.
Sumbangan
Laila merupakan pengasas dan Presiden Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Sarawak (Sabati) sejak 1982 dan penaung Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim) sejak 1994. Beliau turut terlibat dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sebagai naib presiden dan ketua wanita kebangsaan. Beliau turut mengusahakan penubuhan Tabung Amal Kanser Laila Taib bagi membantu pesakit barah.
Anugerah dan pengiktirafan
- Sarawak
- Darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) - Datuk Amar (1988)
- Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi (2009) - Anumerta
Meninggal dunia
Laila Taib meninggal dunia pada 29 April 2009 jam 3.40 petang di rumah mereka di Demak Jaya, Kuching akibat barah pada usia 68 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching, Sarawak.[2]