Sumber: Lapangan Terbang Antarabangsa Samarinda[2]
Lapangan Terbang Antarabangsa Aji Pangeran Tumenggung Pranoto
Tulisan Cina Tradisional
沙馬林達國際機場code: zh is deprecated
Tulisan Cina Ringkas
沙马林达国际机场code: zh is deprecated
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu Pinyin
Shāmǎlíndá Guójì Jīchǎng
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis
Jyutping
sha1 ma2 lin3 da3 gwok3 zai3 gei1 coeng4
Lapangan Terbang Antarabangsa Samarinda (IATA: AAP, ICAO: WALS) adalah sebuah lapangan terbang utama di Samarinda. Ia juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sungai Siring dalam pertuturan, dibina di Sungai Siring dan juga untuk membezakannya dari pendahulunya, Lapangan Terbang Temindung.
Ia terletak di kampung Sungai Siring, yang merupakan salah satu dari lima kampung di kecamatan Samarinda Utara. Lapangan terbang ini dibina secara rasmi sejak 2005, bagi menggantikan lapangan terbang SRI, bertujuan sebagai hub pengangkutan regional penting, hub penumpang dan pintu masuk bagi destinasi di Nusantara (dengan lebih 8 destinasi) dan bandar di Kaltim. Lapangan terbang ini akan menjadi pintu masuk kargo dan penumpang Kaltim paling sibuk.[3]
Lapangan terbang antarabangsa Sungai Siring ini juga merupakan pusat bangunan terminal penumpang terbesar Kaltim. Ia dikendali oleh PT Pengelola Bandara SB, 24 jam sehari dan merupakan hub utama bagi Syarikat penerbangan Kaltim.[4] BSB merupakan penyumbang utama ekonomi Samarinda. BSB akan mengendalikan 5,000,000 penumpang, melepasi Lapangan Terbang Sultan Aji Muhammad Sulaiman.