Lina Tan

Lina Tan
Kelahiran
Tan Suan Jeu

1967 (umur 56–57)
Melaka, Malaysia
PendidikanKomunikasi massa
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)
PekerjaanPenerbit televisyen dan filem, pengasas Red Communications
Tahun aktif1999–kini

Lina Tan Suan Jeu (lahir 1967) merupakan seorang penerbit televisyen dan filem Malaysia dan merupakan pengasas Red Communications. Karyanya boleh dilihat di beberapa rangkaian televisyen seperti TV3 dan ntv7. Beliau telah bekerja di syarikat penerbitan di Malaysia dan Singapura, dan telah menerbitkan antara lain, Disney Channel dan AXN.[1]

Kehidupan awal

Lina Tan dilahirkan pada 1967 di Melaka kepada ibu bapa berketurunan Cina Peranakan dan mendapat pendidikan rendah dan menengah di Infant Jesus Convent.[1] Pada 1991, beliau berkelulusan komunikasi massa di Universiti Sains Malaysia (USM).[1]

Kerjaya

Beliau menubuhkan Red Communications pada 1999, di mana beliau telah menerbitkan dan mengarahkan banyak iklan dan program TV tempatan. Antaranya ialah 3R (Respek, Relaks, Respon), satu siri yang memberi tumpuan kepada isu-isu wanita, yang memenangi Program Infotainmen Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2002. Profil Seni, dokumentari mengenai seni persembahan di Malaysia, memenangi Dokumentari TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005, dan Filem Dokumentari Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 pada tahun 2006.[1]

Pada 2004, Tan menubuhkan Redfilms yang mengkhususkan kepada penerbitan filem cereka, di mana beliau menerbitkan filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly lakonan Fazura. Filem lain yang mana Tan merupakan penerbitnya ialah KAMI the Movie (2008) dan Pisau Cukur (2009), dan Istanbul Aku Datang!.[1]

Kehidupan peribadi

Lina disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 pada pertengahan 2013 dan telah menjalani pembedahan membuang kanser serta menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali.[2] Dalam temuramah bersama mSTAR Online, Lina berkata beliau telah pulih sepenuhnya dari kanser payudara dan banyak mengamalkan cara hidup sihat: "Sejak bebas daripada penyakit ini saya banyak menjalani kehidupan yang sihat dan sering bergembira. Paling penting ialah kurangkan tekanan dan perkara yang membuatkan kita tertekan seperti terlalu fikir soal kerja".[3]

Filemografi

  • The Big Durian (2003) — Dokumentari; penerbit bersekutu
  • Your World, My World (2003) — Filem pendek; penerbit
  • Mei Li De Xi Yi Ji (2004) — Penerbit bersekutu
  • Visits: Hungry Ghost Anthology (2004) — Penerbit
  • Mu (2004) — Penerbit
  • Gol & Gincu (2005) — Penerbit
  • Lelaki Komunis Terakhir (2006) — Dokumentari; penerbit
  • Goodbye Boys (2006) — Penerbit
  • Niao Wu (2006) — Penerbit eksekutif
  • KAMI the Movie (2008) — Penerbit
  • Pisau Cukur (2009) — Penerbit, penerbit eksekutif
  • Apa Dosaku: Kisah Sybil Kathigasu (2010) — Minisiri TV; penerbit eksekutif
  • Gadis Semasa Sunsilk (2011) — penerbit
  • Siti Nurhaliza (2012) — Dokumentari, penerbit
  • Oh My English! (2012-17) — Siri TV; penerbit
  • Outpost (2012) — Filem pendek; penerbit
  • Lastik (2012) — Filem pendek; penerbit
  • Istanbul Aku Datang! (2012) — Penerbit
  • Kami Histeria (2014) — Penerbit
  • Manisnya Cinta di Cappadoccia (2014) — Penerbit
  • Rembat (2015) — Penerbit eksekutif
  • Oh My Ganu! (2016) — Telefilem; penerbit eksekutif
  • Mrs K (2016) — Penerbit eksekutif
  • Gol & Gincu Vol. 2 (2018) — penerbit
  • Sa Balik Baju (2021) — penerbit
  • Ex Aku Pontianak (2022) — drama; penerbit eksekutif
  • Legenda Puteri Qaseh (2023) — drama; penerbit eksekutif
  • From Saga With Love (2023) — drama; penerbit
  • Riot! (2023) — drama; penerbit eksekutif
  • Kod Musketeer (TBA) — penerbit eksekutif
  • Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie (TBA) — penerbit

Rujukan

  1. ^ a b c d e Nick Choo (10 June 2010). "Segregation drives me nuts - Lina Tan". The Nut Graph. Dicapai pada 11 Januari 2015.
  2. ^ "Lina Tan pilih rawatan kemoterapi buang kanser payudara". Malaysian Digest. 18 Oktober 2013. Dicapai pada 11 Januari 2014.
  3. ^ Kemalia Othman (11 Ogos 2015). "Kanser payudara Lina Tan pulih melalui kemoterapi". mSTAR Online. Dicapai pada 11 Ogos 2015.

Pautan luar