Luluhnya Sebuah Ikrar
Luluhnya Sebuah Ikrar | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Nik Naemah Najad Nik Mahir |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Joyce Lee |
Penerbit | Joyce Lee |
Penyunting |
|
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 39 minit |
Syarikat penerbitan | Double Vision |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Mei 2013 – 25 Jun 2013 |
Luluhnya Sebuah Ikrar merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Sara Ali, Zul Ariffin dan Ryzal Jaafar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 6 Mei 2013 hingga 25 Jun 2013 menggantikan Kerana Lelaki Itu.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]
Premis
Mengisahkan Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat. Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya. Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul. Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya. Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.
Pelakon
Pelakon utama
- Sara Ali sebagai Yati
- Zul Ariffin sebagai Azhar
- Ryzal Jaafar sebagai Shah
Pelakon pembantu
- Puteri Fateen sebagai Ifa
- Ruzana Ibrahim sebagai Azlin
- Liza Abdullah sebagai Zara
- Yusmal Ghazali sebagai Taib
- Zila Bakarin sebagai Diba
- Rahhim Omar sebagai Suffian