Luncur papan selaju
Luncur papan selaju ialah suatu sukan lasak melibatkan penunggangan papan selaju serta aksi helah daripadanya. Sukan ini boleh dianggap sebagai suatu aktiviti rekreasi, kerjaya, atau kaedah pengangkutan.[1]
Sukan ini mendapat pengiktirafan terbesarnya selepas pengumuman dibuat pada tahun 2016 bahawa sukan ini dimasukkan sebagai acara dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun.[2]