Manap Karaoke

Manap Karaoke
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Dihasilkan oleh
  • Raja Jastina Raja Arshad
  • Khairul Anwar Salleh (eksekutif)
Dibintangi
  • Joey Daud
  • Pekin Ibrahim
  • Mona Allen
  • Sharwani NS
  • Ropie Cecupak
  • Imuda
  • TJ Isa
  • Rab Khalid
  • Man Kadir
  • Ziema Din
Disunting olehAmen Khalid
Syarikat
penerbitan
Enjit Enjit Semut
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
7 Mei 2020 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Manap Karaoke ialah sebuah filem komedi Malaysia 2020 arahan Mamat Khalid. Ia mengisahkan Manap yang membuka perniagaan Karaoke bergerak dari rumah ke rumah dengan menggunakan sebuah lori. Filem ini dibintangi oleh Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan Imuda dan ditayangkan pada 7 Mei 2020. Ia menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di televisyen tanpa ditayangkan di pawagam.[a][1][2][3]

Sinopsis

Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. Jadi, bermulalah perniagaan karaoke mereka. Macam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Perniagaan mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur. Sementara itu, perniagaan karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Bermulalah “perang” di antara Manap dan Rauf Bogiba.

Pelakon

Keluaran dan sambutan

Manap Karaoke dikeluarkan pada 7 Mei 2020. Filem ini pada asalnya untuk ditayangkan di pawagam, namun ditunda, sebaliknya ditayangkan secara terus di Astro First, susulan pandemik COVID-19.[4][5]

Catatan

  1. ^ Filem Malaysia kedua tidak ditayangkan di pawagam selepas Till Death: Azalea's Wrath (2019).
  • sebenarnya filem Malaysia ketiga tidak ditayangkan dipanggung selepas "Azalea's Wrath" (2019) dn "Keabadian Cinta" (2010)

Rujukan

  1. ^ Manap Karaoke filem pertama melangkau pawagam, dibawa terus ke rumah anda Astro Awani (7 Mei 2020). Dicapai pada 14 Mei 2020.
  2. ^ Qarami Hashim (5 Mei 2020). Manap Karaoke karya Mamat Khalid untuk mereka yang stres dan bosan, masa paling sesuai hiburkan penonton mStar Online. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Mei 2020). Manap Karaoke terus di rumah Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  4. ^ Mumtaj Begum (6 Mei 2020). 'Manap Karaoke' is 1st Malaysian film to skip cinemas and go direct to streaming The Star Online. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Florey DM (4 Mei 2020). Mamat Khalid's "Manap Karaoke" is premiering on TV instead of in cinemas Yahoo! News. Dicapai pada 27 Jun 2020.

Pautan luar