Metro Taipei
- 6 laluan utama
- 2 laluan cabang
Peta sistem |
---|
|
Transit Aliran Massa Taipei (MRT), dijenamakan sebagai Metro Taipei ialah sistem alihan laju yang memberi khidmat di kawasan Taipei dan Taipei Baru, Taiwan. Sistem ini dikendalikan oleh syarikat milik pemerintah, Perbadanan Alihan Laju Taipei, yang juga mengendalikan Gondola Maokong.
Metro Taipei merupakan sistem seumpamanya yang pertama di Taiwan.[6] Rangkaian asal alihan laju ini diluluskan untuk pembinaan pada 1986 dan kerja-kerjanya bermula dua tahun kemudian. Laluan pertama dibuka pada tahun 1996 dan pada 2000, 62 stesen telah beroperasi di tiga laluan utama.[7] Lebih dari sembilan tahun, bilangan penumpangnya meningkat sebanyak 70%. Sejak 2008, rangkaian ini telah berkembang kepada 131 stesen dan bilangan penumpang menokok 66% lagi.
Laluan kereta api
Laluan | Perkhidmatan | Panjang (km) | Status | Sistem | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Laluan Wenhu 文湖線 | Laluan Muzha 木柵線 | Zoo Taipei ⇌ Sekolah Menengah Rendah Zhongshan | 10.9 | 25.7 | Beroperasi | Kereta api bertayar getah (muatan sederhana) | |
Laluan Neihu 內湖線 | Sekolah Menengah Rendah Zhongshan ⇌ Pusat Pameran Nangang | 14.8 | |||||
Laluan Tamsui–Xinyi 淡水信義線 | Lanjutan timur laluan Xinyi 信義線東延段 | Tokong Guangci/Fengtian ⇌ Xiangshan | 1.42 | 32.22 | Dalam pembinaan | Kereta api roda keluli (rel berat) | |
Laluan Xinyi 信義線 | Xiangshan ⇌ Dewan Peringatan Chiang Kai-shek | 6.4 | Beroperasi | ||||
Laluan Tamsui 淡水線 | Dewan Peringatan Chiang Kai-shek ⇌ Tamsui | 23.2 | |||||
Laluan cabang Xinbeitou 新北投支線 | Beitou ⇌ Xinbeitou | 1.2 | |||||
Laluan Songshan–Xindian松山新店線 | Laluan Xindian 新店線 | Xindian ⇌ Dewan Peringatan Chiang Kai-shek | 9.3 | 21.3 | |||
Laluan Xiaonanmen 小南門線 | Dewan Peringatan Chiang Kai-shek ⇌ Ximen | 1.6 | |||||
Laluan Songshan 松山線 | Ximen ⇌ Songshan | 8.5 | |||||
Laluan cabang Xiaobitan 小碧潭支線 | Qizhang ⇌ Xiaobitan | 1.9 | |||||
Laluan Zhonghe–Xinlu 中和新蘆線 | Laluan Zhonghe 中和線 | Nanshijiao ⇌ Guting | 5.4 | 31.5 | |||
Laluan Xinzhuang 新莊線 | Guting ⇌ Huilong | 19.7 | |||||
Laluan Luzhou 蘆洲線 | Daqiaotou ⇌ Luzhou | 6.4 | |||||
Laluan Bannan 板南線 | Lanjutan bahagian Dingpu laluan Tucheng[8] 土城線延伸頂埔段 | Dingpu ⇌ Yongning | 2.0 | 28.2 | |||
Laluan Tucheng[9] 土城線 | Yongning ⇌ Fuzhong | 5.6 | |||||
Laluan Banqiao 板橋線 | Fuzhong ⇌ Ximen | 7.1 | |||||
Laluan Nangang 南港線 | Ximen ⇌ Kunyang | 11 | |||||
Lanjutan timur laluan Nangang 南港線東延段 | Kunyang ⇌ Pusat Pameran Nangang | 2.5 | |||||
Laluan Pekeliling 環狀線 | Lingkaran selatan 南環段 | Zoo Taipei ⇌ Dapinglin | 5.73 | 49.18 | Dalam pembinaan | Kereta api beroda keluli (muatan sederhana) | |
Tahap 1 第一階段 | Dapinglin ⇌ Taman Industri Taipei Baru | 15.4 | Beroperasi | ||||
Lingkaran utara 北環段 | Taman Industri Taipei Baru ⇌ Jalan Jiannan | 14.93 | Dalam pembinaan | ||||
Lingkaran timur 東環段 | Jalan Jiannan ⇌ Zoo Taipei | 13.12 | Rancangan menyeluruh diserahkan untuk semakan | ||||
Laluan Wanda–Zhonghe–Shulin 萬大-中和-樹林線 | Laluan Wanda–Zhonghe 萬大中和線 | Dewan Peringatan Chiang Kai-shek ⇌ Juguang | 9.5 | 22.8 | Dalam pembinaan | ||
Laluan Shulin 樹林線 | Tingliao ⇌ Huilong | 13.3 | |||||
Laluan Minsheng–Xizhi 民生汐止線 | Fasa 1(Laluan Xidong) | Pejabat Daerah Xizhi ⇌ Donghu | 10.5 | 17.4 | Pelan menyeluruh diserahkan untuk semakan | ||
Fasa 2 | Donghu ⇌ Dadaocheng | 6.9 | |||||
Laluan Shezi 社子線 | Laluan Timur Barat 東西線 | Dingfuzhou ⇌ Tianmu | 7.5 | Perancangan ditangguhkan[i] | Rel ringan(muatan sederhana) | ||
Laluan Utara Selatan 南北線 | Daqiaotou ⇌ Zhoumei |
Catatan
- ^ [1] Bilangan stesen adalah 131 jika 12 stesen pertukaran (iaitu set paltform berbeza) dikira berbilang kali, seklai bagi setiap laluan, manakala 119 stesen jika digabungkan. Pertukaran luar stesen di Banqiao dan Xinpu – Xinpu Minsheng, yang perlu meninggalkan kawasan berbayar, dihitung sebagai 2 stesen setiap satu; stesen pertukaran yang menyediakan pertukaran rentas platform bagaimanapun dikira sebagai stesen tunggal.
- ^ Satu kereta api terdiri daripada empat gerabak di laluan Wenhu dan enam gerabak di laluan-laluan yang lain.
- ^ Laluan Pekeliling dan Wenhu: 4 gerabak; cabang Xiaobitan dan Xinbeitou: 3 gerabak.
- ^ Laluan Wenhu: Minimum 1:20 · Purata waktu puncak 2:09 · Purata luar waktu puncak 4:10; Laluan-laluan lain: Minimum 2:00 · Purata waktu puncak 4:01 · Purata luar waktu puncak 5:28[4]
- ^ Laluan Wenhu: 1,880 milimeter (6.17 ka)
- ^ Laluan Wenhu: 33 meter (108 ka)
- ^ Laluan Wenhu: 32.84 kilometer per jam (20 mph)
- ^ Laluan Wenhu: 80 kilometer per jam (50 mph)
- ^ Kaji semula rancangan tersebut setelah rancangan pembangunan Pulau Shezi diluluskan.
Rujukan
- ^ a b "Network and Systems". Perbadanan Alihan Laju Taipei. 19 Januari 2020. Dicapai pada 22 Januari 2020.
- ^ "路網與系統" (dalam bahasa Cina). 臺北大眾捷運股份有限公司. 9 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2016. Dicapai pada 30 November 2016.
- ^ "臺北市交通統計查詢系統". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 15 Mac 2014.
- ^ a b Perbadanan Alihan Laju Taipei. 2018 Annual Report (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 22 Januari 2020.
- ^ "關於我們>統計資料>旅運量" (dalam bahasa Cina). 臺北大眾捷運股份有限公司. 15 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Lew, Alexander (15 Oktober 2007). "Taipei Subway Ranks as one of the Best". Wired (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2010.
- ^ 臺北市交通統計查詢系統. dotstat.taipei.gov.tw (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "土城線延伸頂埔段路線說明". 臺北市政府捷運工程局 (dalam bahasa Cina). 2 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2019. Dicapai pada 26 Januari 2020.
- ^ "土城線路線說明". 臺北市政府捷運工程局 (dalam bahasa Cina). 2 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 26 Januari 2020.
Pautan luar
- Tapak web rasmi