Mohamad Hidhir Abu Hassan

Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan (27 Jun 1956 - 20 Januari 2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Melaka (2008-2011) dan mantan ADUN Merlimau selama dua penggal (2004-2011). Kematian beliau ketika tempoh tiga tahun awal penggal menyebabkan kekosongan luar jangka dan Pilihan raya kecil Merlimau 2011 dijalankan.

Datuk

Mohamad Hidhir Abu Hassan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Dalam jawatan
2008–2011
Ketua Menteri MelakaMohd Ali Rustam
Digantikan oleh Ghazale Muhamad
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Merlimau
Dalam jawatan
2004–2011
Didahului oleh Nazari Adzim
Digantikan oleh Roslan Ahmad
Majoriti5,087 (PRU-11)
2,154 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir27 Jun 1956
Meninggal dunia20 Januari 2011 (54 tahun)
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan, Selangor
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Latarbelakang keluarga

Beliau berkahwin dengan Datin Noor Azian Mohd Ali dan mempunyai empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

Sakit jantung

Pada 11 Januari 2011, beliau ditempatkan di ICU, Hospital Putra di Melaka bagi rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada jam 1 petang.[1] Sebelum itu beliau pernah pergi ke Taiwan pada 10 Januari. Beliau menjalani pembedahan membersihkan saluran darah arteri yang tersumbat pada 13 Jan 2011. Pada 20 Januari 2011, beliau meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka.[2]


Kerjaya politik

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi. Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827. [3]

Lihat juga

Blog Rasmi ADUN N27

Rujukan

  1. ^ "" Malaysiakini.com. 11 Januari 2011.
  2. ^ "Adun Merlimau meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-18. Dicapai pada 2012-02-05.
  3. ^ ""Pemuda BN Jasin Siap Sedia Pertahan Merlimau", Umno Online. 26 Januari 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-01. Dicapai pada 2011-04-15.