Nasi himpit

Nasi himpit

Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit[1] merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada nasi yang ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga membentuk ketulan besar. Hasil akhirnya hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto.

Nama

Asal nasi kapit adalah merujuk kepada cara pembuatannya, di mana nasi dikapit (berada di antara) pemberat. Nama lainnya nasi himpit juga merujuk kepada cara pembuatannya, di mana nasi yang telah dimasak dihimpit di bawah pemberat (biasanya di bawah batu penggiling[2])

Penyebaran

Nama nasi kapit adalah popular di sebelah pantai timur, Malaysia.[3] Di tempat lain, ia dikenali sebagai nasi himpit. Pada waktu biasa, ia biasanya digantikan dengan ketupat, tetapi apabila diperlukan dengan banyak, barulah nasi kapit ini dibuat. Pada masa kini, ie lebih banyak diganti dengan ketupat yang dihasilkan dalam plastik kerana lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Bagaimanapun, ia masih boleh dibuat di rumah dengan mudah.

Dalam budaya popular

Nasi kapit lebih popular sebagai makanan pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau pada Hari Raya Aidiladha. Ia biasanya dihidangkan bersama soto atau sambal daging/ayam/ikan/hitam atau satay. Bagaimanapun ia kadang-kala digantikan dengan ketupat nasi kerana lebih mudah dibeli dari dibuat. Sebagai nasi, ia amat mengenyangkan.

Lihat juga

  • Ketupat

Sejarah nasi himpit

Nasi himpit atau nasi kapit asalnya menjadi makanan musafir memandangkan proses pembuatannya membuatkan nasi himpit tahan lebih lama dan jimat ruang

Rujukan

  1. ^ Food Beliefs and Practices of Malay Fishermen: An Ethnographic Study of Diet on the East Coast of Malaya, Christine Shearer Wilson, University of California, Berkeley, 1970 - Diet - 994 pages
  2. ^ Growing Up in Trengganu, Awang Goneng, Goneng (Awang.), Monsoon Books Pte. Limited, 2007 - Biography & Autobiography - 336 pages
  3. ^ Dari Tendong ke Borneo: memoir karyawan tamu DBP Cawangan Sabah, K. Bali, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002 - Authors, Malay - 301 pages