Nawawi Ahmad (Melaka)

Datuk Haji Nawawi Ahmad adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Melaka 1432H / 2010 . Beliau adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam, Jasin, Melaka.

Datuk Haji

Nawawi Ahmad
Kelahiran1939 (1939)
Kampung Paya Rumput, Melaka
Meninggal dunia27 Februari 2021(2021-02-27) (umur 81–82)
Hospital Melaka
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam
PasanganDatin Hajah Esah Mohamad
Anak-anak6

Biodata

Datuk Haji Nawawi Ahmad merupakan anak ke empat (4) Tuan Guru Hj Ahmad bin Kassim. Dilahirkan di Kampung Paya Rumput, Melaka. Keluarga beliau berhijrah ke Mekah, Saudi Arabia setelah ayahanda Tuan Guru Hj Ahmad meninggal dunia.

Adik beradik beliau adalah; 1-Dato' Hj Mohamad bin Ahmad 2-Hjh Maimunah binti Ahmad 3-Dato' Hj Mokhtar bin Ahmad 4-Datuk Hj Nawawi bin Ahmad 5-Hjh Hamidah binti Ahmad 6-Hj Zainuddin bin Ahmad

Kerjaya

Pensyarah Sains Politik (Universiti Kebangsaan Malaysia. Penasihat Halal KFC Guru Takmir

Meninggal dunia

Datuk Nawawi Ahmad meninggal dunia pada 27 Februari 2021 kerana sakit tua. Nawawi, 82 yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari di Hospital Melaka.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebatu.

Allahyarham meninggal balu, Datin Hajah Esah Mohamad, 50 dan enam anak.

Tokoh Maal Hijrah Melaka 2010

Pada 7 Disember 2010, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2010 sempena Sambutan Maal Hijrah negeri Melaka yang berlangsung di Masjid Al-Ghaffar, Jasin,Melaka. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakobmenyampaikan anugerah berkenaan .Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.[1]

Rujukan

  1. ^ Enam Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Negeri[pautan mati kekal]