Nuzul Quran

Sebahagian daripada siri berkaitan
Islam
Pegangan
  • Rukun Iman
  • Tauhid (Keesaan Tuhan)
  • Malaikat
  • Kitab
  • Nabi
  • Hari Akhirat
  • Qada dan Qadar

  • Rukun Islam
  • Pengakuan keimanan
  • Mendirikan sembahyang
  • Menunaikan zakat
  • Berpuasa di bulan ramadan
  • Melaksanakan haji jika mampu

  • Ahli Sunah
    • Asya'irah
    • Maturidiyah
    • Salafi
    • Wahabi
  • Syiah
Sumber
  • Al-Quran dan Hadis
  • Ikon portal Portal Islam
  • l
  • b
  • s

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.[1]

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Lihat juga

  1. ^ https://www.sindonews.com/topic/6321/nuzulul-quran