Ordinan Pelajaran 1952

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).

Cadangan

Laporan ini menetapkan:

  1. Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
  2. Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.

Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang.

Lihat juga

  • Penyata Razak 1956