Pang Sock Tao
Yang Berhormat Puan Pang Sock Tao - | |
---|---|
彭小桃 | |
Fail:- Sock Tao pada 2024 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Kuala Kubu Baharu | |
Dalam jawatan 11 Mei 2024 – 2028 | |
Didahului oleh | Lee Kee Hiong |
Digantikan oleh | - |
Majoriti | 3,869 (2024) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pang Sock Tao (1993-04-26) 26 April 1993 (umur 31) Ampang, Gombak, Selangor, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2017) |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) (sejak 2017) |
Pasangan | Yap Bing Yew (k. 2022) |
Anak-anak | - |
Ibu bapa | - |
Hubungan | Pang Sock Fong (kakak) Pang Sock Fong (elder sister) Pang Sock Ying (elder twins sister) |
Kediaman | - |
Alma mater | Universiti Tenaga Nasional |
Pekerjaan |
|
Profesion | - |
- |
Pang Sock Tao | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 彭小桃code: zh is deprecated | ||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 彭小桃code: zh is deprecated | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Pang Sock Tao (Cina ringkas: 彭小桃code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 彭小桃code: zh is deprecated ; pinyin: Péng Xiǎotáo; lahir 26 April 1993) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang menjadi calon bagi Ahli Dewan Negeri Selangor bagi kawasan Kuala Kubu Baharu dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu pada Mei 2024. Beliau ialah anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah sebuah komponen dalam Pakatan Harapan. Beliau juga ialah setiausaha akhbar dan bekas pegawai khas kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan pernah menjadi pegawai khas kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.[1]
Kehidupan awal dan pendidikan
Pang dilahirkan di Ampang, Selangor, Malaysia pada 26 April 1993. Beliau ialah graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).[2]
Kerjaya politik
Pang menyertai DAP pada 2017. Beliau aktif berkempen untuk partinya dalam pilihan raya umum 2018 dengan menghadiri banyak jelajah, menjadi tetamu dalam acara tersebut. Selepas PH memenangi pilihan raya 2018, Yeo dinamakan menganggotai menteri kabinet dan melantik Pang sebagai pegawai khasnya. Dalam pilihan raya umum 2022, Nga dilantik sebagai menteri kabinet dan melantik Pang sebagai pegawai khas yang kemudian dinaikkan sebagai setiausaha akhbar.[3]
Kehidupan peribadi
Pang berkahwin dengan peguam Yap Bing Yew pada 2022. Kakaknya Pang Sock Fong juga ialah seorang ahli politik yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kini menjadi Naib Ketua Wanita cabang Ampang bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah lagi parti komponen Pakatan Harapan.[4]
Keputusan pilihan raya
Pilihan Raya Negeri
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2024 | N06 Kuala Kubu Baharu | Pang Sock Tao (DAP) | 14,000 | 57.21% | Khairul Azhari Saut (BERSATU) | 10,131 | 41.40% | 24,745 | 3,869 | 61.51% | ||
Nyau Ke Xin (Bebas) | 188 | 0.77% | ||||||||||
Hafizah Zainuddin (PRM) | 152 | 0.62% |
Rujukan
- ^ "【新古毛补选】火箭派出美女刺客 倪可敏秘书彭小桃上阵". Oriental Daily News (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "新古毛补选:传倪可敏助理彭小桃领兵符". Malaysiakini (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "独家 : 新古毛不选 彭小桃出现 倪可敏秘书上阵!". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
- ^ "天降小桃? 新古毛补选 希盟候选人是她?". China Press (dalam bahasa Cina). 24 April 2024. Dicapai pada 24 April 2024.