Panglima Armada

Panglima Armada atau Fleet Commander ialah satu jawatan Tentera Laut Diraja British yang kanan, bertanggungjawab bagi operasi, pembekalan dan latihan kapal-kapal, kapal selam dan pesawat, dan anggota dari Perkhidmatan Laut (United Kingdom). Beliau mempersiapkan kapal, kapal selam dan pesawat untuk melakukan operasi dan berpengkalan di Markas Pemerintahan Tentera Laut. Persamaan jawatan dalam Tentera Darat British ialah Panglima Medan Tentera Darat. Tidak terdapat persamaan jawatan dalam Tentera Udara Diraja British kerana pimpinan Markas Pemerintahan Udara RAF terletak terus pada Ketua Turus Udara (United Kingdom).

Di Malaysia pula, Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 2 dan Markas Wilayah Laut 3, merancang dan menyelaras latihan kelautan/teknikal untuk kapal-kapal TLDM, menentukan Armada dan pangkalan-pangkalan di bawah naungan sentiasa mencapai kecekapan yang tinggi di dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan penilaian dan memberi bantuan material di dalam semua aspek senggaraan teknikal dan pembekalan kepada pasukan-pasukan di bawah naungan.

Sejarah

Jawatan ini telah diwujudkan pada April 2012 selepas satu penyusunan semula Tentera Laut Diraja dan penjenamaan semula peranan bekas Panglima Besar Armada.

Tanggungjawab

Tugas Panglima Armada ialah mempersiapkan kapal-kapal, kapal selam dan pesawat bagi sebarang operasi yang diminta oleh Kerajaan.

Panglima Armada dan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut

Antara pemegang jawatan ini:

  • April-Disember 2012: Laksamana Sir George Zambellas
  • Disember 2012 - Kini: Laksamana Madya Philip Jones

Timbalan Panglima Armada

  • April-Disember 2012: Laksamana Madya Philip Jones
  • Jawatan kosong

Lihat juga

  • l
  • b
  • s
United Kingdom Lembaga Admiralti
Pengerusi
Orang Awam
  • Menteri Negara bagi Angkatan Tentera
  • Menteri Negara bagi Hal Ehwal Veteran
  • Menteri bagi Pasukan Simpanan
  • Setiausaha Rendah Negara & Jurucakap Dewan Pertuanan mengenai Pertahanan
  • Pengarah Kewangan (Tentera Laut)
Tentera Laut
  • First Sea Lord dan Ketua Turus Tentera Laut
  • Second Sea Lord dan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut
  • Panglima Armada
  • Asistan Ketua Turus Tentera Laut (Dasar)
  • l
  • b
  • s
United Kingdom Lembaga Tentera Laut
Tentera Laut
Orang Awam
  • Pengarah Kewangan (Tentera Laut)
  • Bukan Pengarah Eksekutif