Pasukan besbol kebangsaan Korea Selatan
Korea Selatan | |
---|---|
Maklumat | |
Negara | Korea Selatan |
Persekutuan | Persatuan Sofbol Besbol Korea |
Konfederasi | Persekutuan Besbol Asia |
Pengurus | Lee Kang-chul (2022–kini) |
Kapten | Kim Hyun-soo |
Kedudukan WBSC | |
Semasa | Templat:WBSC World Rankings |
Tertinggi | 2 (pertama pada Ogos 2021) |
Terendah | 8 (pertama pada Disember 2014) |
Uniform | |
South Korea's national baseball uniform | |
World Baseball Classic | |
Kemunculan | 5 (pertama pada 2006) |
Keputusan terbaik | Ke-2 (2009) |
Sukan Olimpik | |
Kemunculan | 3 (pertama pada 1996) |
Keputusan terbaik | Gold: 1 - 2008 |
WBSC Premier12 | |
Kemunculan | 1 (pertama pada 2015) |
Keputusan terbaik | 1st (1 time, in 2015) |
Piala Dunia | |
Kemunculan | 14 (pertama pada 1976) |
Keputusan terbaik | 1 (1982) |
Piala Antara Benua | |
Kemunculan | 14 (pertama pada 1975) |
Keputusan terbaik | 1 (1977) |
Sukan Asia | |
Kemunculan | 7 (pertama pada 1994) |
Keputusan terbaik | 1 (5: 1998, 2002, 2010, 2014, 2018) |
Kejohanan Asia | |
Kemunculan | 27 (pertama pada 1954) |
Keputusan terbaik | 1 (8: 1963, 1971, 1975, 1983, 1989, 1997, 1999, 2015) |
Pasukan besbol kebangsaan Korea Selatan (Korea: 대한민국 야구 국가대표팀code: ko is deprecated ) juga dikenali sebagai Blue Wave (Korea: 푸른물결code: ko is deprecated ) ialah pasukan kebangsaan besbol yang mewakili negara Korea Selatan. Pasukan ini pernah memenangi Piala Dunia Besbol pada 1982 dan mengambil bahagian di Sukan Olimpik pada 1984, 1988, 1996 dan 2000. Di Sukan Olimpik 2008, pasukan Korea meraih pingat emas dalam aksi final menewaskan Cuba. Pada masa kini, Korea merupakan pasukan di kedudukan keempat dalam WBSC World Rankings.
Sejarah
Sebelum Perang Korea
Mubaligh Amerika telah membawa masuk sukan besbol ke Korea pada abad ke-19. Pada kurun ke-19, Marin Amerika Syarikat telah beraksi dalam perlawanan persahabatan mewakili ekspatriat Amerika menentang Kelab Olahraga Seoul. Sukan ini terus berkembang dan terkenal sewaktu pemerintahan Jepun.[1]
Pada Disember 1921, sebuah pasukan Amerika yang terdiri daripada pemain Major League singgah di Seoul sewaktu kunjungan Asia dan sebuah pasukan Korea dikumpulkan untuk beraksi dalam satu perlawanan antara kedua pasukan. Pasukan Korea tewas 23-3.[2] Beberapa buah bandar di Korea juga mengambil bahagian dalam kejohanan besbol antara bandar oleh pihak Jepun sejak penganjuran sulung pada 1927 sehingga 1942.[3] Pada tahun 1940 dan 1942, Seoul memenangi kejohanan tersebut dengan masing-masing menewaskan pasukan Dalian dan Osaka. Sekurang-kurangnya terdapat seorang pemain Korea yang pernah beraksi menentang Babe Ruth ketika pasukan All-Star Amerika melakukan jelajah Jepun pada 1934.
Era selepas perang
Era 1980-an menandakan permulaan era besbol dimainkan secara profesional di Korea Selatan. Pada tahun 1982, pasukan MBC Chungyong, Lotte Giants, Samsung Lions, OB Bears, Haitai Tigers dan Sammi Superstars telah ditubuhkan dan beraksi di Kejohanan Besbol Korea.[4] Liga ini terus berkembang menjadi liga utama Korea Selatan apabila pasukan-pasukan penyertaan ditambah kepada 10 buah pasukan.
Besbol mencapai populariti baru tersendiri apabila pitcher Chan Ho Park melakukan debut untuk Los Angeles Dodgers pada 1994.[5] Park meraih kejayaan kariernya di Major League Baseball dan secara tidak langsung membuka laluan kepada pemain Korea Selatan lain untuk mengembangkan karier di Amerika seperti Hee-seop Choi, Byung-hyun Kim, Bong Jung-keun, Shin-Soo Choo, Hyun-jin Ryu dan Jung-ho Kang.
Pasukan kebangsaan Korea Selatan pula diuruskan oleh Pertubuhan Besbol Korea (KBO). Pasukan kebangsaan terus berkembang di arena besbol antarabangsa pada pertengahan 2000-an apabila meraih tempat kedua di World Baseball Classic 2009, merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik 2000 di Sydney serta memperoleh pingat emas mengalahkan Cuba di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Selepas kejohanan World Baseball Classic 2023, Korea Selatan berada di kedudukan kelima berdasarkan WBSC World Rankings.[6]
Rekod
Sukan Olimpik
Rekod Sukan Olimpik | Kelayakan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Posisi | M | K | RS | RA | ||
1984 | Akhir | Ke-4 [a] | 2 | 3 | 12 | 17 | Siri Dunia Amatur 1982 | |
1988 | Akhir | Ke-4 [a] | 2 | 3 | 11 | 19 | Layak sebagai tuan rumah | |
1992 | tidak layak | Kejohanan Besbol Asia 1987 | ||||||
1996 | Utama | Ke-8 | 1 | 6 | 40 | 59 | Kejohanan Besbol Asia 1995 | |
2000 | Akhir | Ke-3 | 4 | 3 | 45 | 30 | Kejohanan Besbol Asia 1999 | |
2004 | tidak layak | Kejohanan Besbol Asia 2003 | ||||||
2008 | Akhir | 1 | 9 | 0 | 50 | 26 | Kejohanan Besbol Asia 2007 Kejohanan Kelayakan Akhir | |
2020 | Aksi pingat gangsa | Ke-4 | 3 | 4 | 33 | 35 | Kejohanan Besbol Asia 2007 WBSC Premier12 2019 | |
Jumlah [b] | 4/6 | 17 | 13 | 178 | 150 |
- ^ a b Tiada penyampaian pingat; hanya sebagai demonstrasi sukan
- ^ Jumlah hanya termasuk tahun 1992 sehingga 2020, ketika besbol menjadi sukan rasmi pingat.
Sukan Asia
Tahun | Keputusan | Perlawanan | Menang | Kalah |
---|---|---|---|---|
1994 | Ke-2 | 4 | 3 | 0 |
1998 | 1 | 6 | 6 | 0 |
2002 | 1 | 6 | 6 | 0 |
2006 | Ke-3 | 5 | 3 | 2 |
2010 | 1 | 5 | 5 | 0 |
2014 | 1 | 5 | 5 | 0 |
2018 | 1 | 5 | 4 | 1 |
Jumlah | 7/7 | 41 | 37 | 4 |
World Baseball Classic
Rekod World Baseball Classic | Rekod kelayakan | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Posisi | M | K | RS | RA | M | K | RS | RA | ||
2006 | Separuh akhir | Ke-3 | 6 | 1 | 26 | 14 | Tiada kelayakan diadakan | |||||
2009 | Final | Ke-2 | 6 | 3 | 53 | 30 | Tiada kelayakan diadakan | |||||
2013 | Pusingan 1 | Ke-9 | 2 | 1 | 9 | 7 | Layak secara automatik | |||||
2017 | Pusingan 1 | Ke-10 | 1 | 2 | 12 | 15 | Layak secara automatik | |||||
2023 | Pusingan 1 | Ke-9 | 2 | 2 | 40 | 26 | Layak secara automatik | |||||
Jumlah | 5/5 | — | 17 | 9 | 140 | 92 | - | - | - | - |
Kejohanan Premier12
Rekod Premier12 | Kelayakan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Posisi | M | K | RS | RA | ||
2015 | Akhir | 1 | 6 | 2 | WBSC World Rank Ke-8 | |||
2019 | Akhir | Ke-2 | 5 | 3 | WBSC World Rank Ke-3 |
Kejohanan lain
|
|
Kejohanan Besbol Asia
- 1954 : Ke-3
- 1955 : Ke-3
- 1959 : Ke-2
- 1962 : Ke-2
- 1963 : 1
- 1965 : Ke-2
- 1967 : Ke-2
- 1969 : Ke-4
- 1971 : 1
- 1973 : Ke-2
- 1975 : 1
- 1983 : 1
- 1985 : Ke-2
- 1987 : Ke-3
- 1989 : 1
- 1991 : Ke-3
- 1993 : Ke-2
- 1995 : Ke-2
- 1997 : 1
- 1999 : 1
- 2001 : Ke-2
- 2003 : Ke-3
- 2005 : Ke-4
- 2007 : Ke-2
- 2009 : Ke-3
- 2012 : Ke-3
- 2015 : 1
- 2017 : Ke-3
- 2019 : 4
- 2021 : TBD
Catatan
- ^ Jeong, Andrew (27 December 2017). "What's That Rocketing Into the North Korean Sky? A Baseball!". The Wall Street Journal. Dicapai pada 27 December 2017.
- ^ Reaves, Joseph (2006). Gmelch, George (penyunting). Baseball Without Borders: The International Pastime. University of Nebraska Press. m/s. 96.
- ^ ja:都市対抗野球大会 (朝鮮)
- ^ "Korea.net".
- ^ "Chan Ho Park Player Page". Baseball-Reference.com. Dicapai pada 4 November 2014.
- ^ "WBSC World Rankings". WBSC.org. 28 March 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2023.
Pautan luar
- Korea Baseball Association (dalam bahasa Korea)