Pelukan Angkasa

"Pelukan Angkasa"
Lagu oleh Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah
daripada album Second Voyage
BahasaBahasa Melayu
Dilancarkan pada18 September 2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
Genre
  • Gothic metal
  • rock alternatif
SyarikatS.O.G. Production
PenulisFazleena Hishamuddin
PenggubahRaja Nazrin Shah
PenerbitBert Poncet
Kronologi single Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah
""Gerhana"" "Pelukan Angkasa" ""Shanti""
"Pelukan Angkasa" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelukan Angkasa ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi muzik bebas Malaysia, Sekumpulan Orang Gila (S.O.G.) bersama-sama seorang penyanyi wanita Malaysia, Shila Amzah. Lagu ini dicipta oleh Raja Nazrin Shah dan ditulis oleh Fazleena Hishamuddin.[1]

Lagu ini mula disiarkan menerusi saluran Youtube rasmi S.O.G. pada 18 September 2019. Ia menjadi runut bunyi bagi filem KL Vampires[2] yang ditayangkan pada 14 November 2019. Lagu ini juga dimuatkan dalam album ketiga S.O.G. berjudul Second Voyage.[3][4]

Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 6 Mac 2022.[5]

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (7 Mac 2022). "Pelukan Angkasa ungguli AJL36". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2022.
  2. ^ Ramlah Zainal (6 November 2019). "Serlah nama di layar perak". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mac 2022.
  3. ^ Sara Mack Lubis (8 Oktober 2021). "'Second Voyage', Harapan Sekumpulan Orang Gila (SOG) Berlayar Lebih Jauh". Getaran. Dicapai pada 7 Mac 2022.
  4. ^ Ku Syafik Ku Fozi (3 Oktober 2021). "Second Voyage tanda kematangan SOG, sedia bergerak lebih jauh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mac 2022.
  5. ^ Mohd Haikal Isa dan Mohammad Shahemy Azmi (7 Mac 2022). "Lagu 'indie' Pelukan Angkasa ungguli AJL36". Kosmo. Dicapai pada 7 Mac 2022.
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
1986-2000
2001-2020
2021-kini