Pembunuhan orang Algeria di Paris 1961

Pembunuhan orang Algeria
di Paris 1961
Sebahagian daripada
Perang Kemerdekaan Algeria
Plak memperingati mangsa-mangsa Jazairi dibunuh polis Paris dilancarkan oleh Datuk Bandar Anne Hidalgo bersama Menteri Luar Negeri Aljazair Rachid Bladehane pada 17 Oktober 2019.[1]
LokasiPont Saint-Michel
Tarikh17 Oktober 1961; 62 tahun yang lalu (1961-10-17)
Jenis serangan
Tunjuk perasaan, pembunuhan beramai-ramai Sunting ini di Wikidata
Kematian30[2]–300 (anggr.)
MangsaSejumlah para demonstran daripada 30,000 orang yang pro-Barisan Pembebasan Kebangsaan (FLN) Algeria
PelakuBarisan polis cawangan Paris pimpinan Maurice Papon
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 17 Oktober 1961, seramai 30,000 orang imigran bangsa Jazair (Algérie) berkumpul di stesen keretapi bawah tanah Place de la République di Paris berarak menuju stesen Palais Garnier untuk menunjuk perasaan menyokong Barisan Pembebasan Kebangsaan yang sedang berperang menentang penjajah Perancis di tanahair mereka. Maurice Papon, ketua cawangan Paris Polis Kebangsaan Perancis mengarahkan pasukan beliau untuk mengepung di hadapan Palais Garnier. Ini memaksa para demonstran untuk berpatah balik ke perhentian sebelum. Walaubagaimanapun, mereka dikepung di hadapan panggung wayang Rex di mana pihak polis melepaskan tembakan sambil menahan mereka; persekitaran tempat kejadian dalam keadaan sungguh mengerikan dan berdarah.[3][4] Ada penunjuk perasaan yang ditangkap mati terkorban akibat kecederaan dipukul bertalu-talu polis, manakala tahanan lain telah dihumban dari jambatan Titik (Pont) Saint-Michel ke dalam Sungai Seine dan mati lemas.[5]

Kejadian ini sengaja disembunyikan oleh pihak berkuasa Paris selama 37 tahun sehingga hujung 1997 apabila semua dokumen berkaitan penjawatan Papon dalam pemerintahan Vichy-Nazi disiasat dalam dakwaan pembicaraan yang membongkar keterlibatan beliau dalam jenayah pembunuhan besar yang melibatkan 16,000 orang Yahudi Bordeaux yang dihantar ke kem-kem tahanan Mérignac dan Auschwitz;[6] para sejarawan ini menyatakan bahawa dokumen ini mencatatkan antara 200-300 orang Jazairi yang meninggal dunia.[5][7] Bahkan, pihak Pemerintah Perancis diketahui mengampunkan kesemua pegawai Perancis yang terlibat dalam pertahanan Republik melawan pihak Algeria berikutan secara langsung mahupun tidak yang turut merangkumi penahanan ini berikutan Persetujuan Évian.[8]

Pada 17 Oktober 2001, peristiwa ini diakui secara rasmi dalam suatu majlis diadakan datuk bandar Bertrand Delanoë dengan plak peringatan sebelah tempat kejadian Pont Saint-Michel.[9][10][11][12] Datuk bandar Paris Anne Hidalgo melakukan perkara sama dengan plak baru pada 2019,[1] dan 2021 bersama Konsul Algeria di Paris Saïd Moussi.[13]

Rujukan

  1. ^ a b Ouariane, M. A. (17 October 2019). "Paris inaugure une stèle en hommage aux victimes algériennes du 17 octobre 1961". RTL. Dicapai pada 1 March 2023.
  2. ^ House, Jim; MacMaster, Neil (2006). Paris 1961: Algerians, State Terror, and Memory. Oxford University Press. m/s. 203–205.
  3. ^ Brunet 1999, m/s. 200-206.
  4. ^ House & MacMaster 2008, m/s. 158-161.
  5. ^ a b Descamps, Eloide (14 Okt 2022). "Massacre du 17 octobre 1961 : "le crime d'État contre les Algériens n'a jamais été reconnu par la France"" [Pembunuhan 17 Oktober 1961: "Jenayah Pemerintah [Perancis] ke atas orang Jazairi tidak pernah diakui Perancis"]. GEO (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 24 Sep 2023.
  6. ^ "17 octobre 1961 : la longue liste de morts des archives de Paris". L'Humanité (dalam bahasa Perancis). 23 October 1997.
  7. ^ Rouaba, Ahmed (16 Oct 2021). "How a massacre of Algerians in Paris was covered up". BBC News. Dicapai pada 12 Nov 2021.
  8. ^ Thénault, Sylvie (Apr 2024). "La bataille contre l'impunité de la torture pendant la Guerre d'indépendance algérienne : que dit l'histoire ?". Criminocorpus. Revue d'Histoire de la justice, des crimes et des peines (dalam bahasa Perancis) (25). doi:10.4000/11n98. ISSN 2108-6907.
  9. ^ Bernard, Phillipe (16 October 2001). "Le 17 octobre 1961, la réalité d'un massacre face à un mensonge d'Etat" [17 October 1961, the reality of a massacre against a state lie]. Le Monde (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-25. Dicapai pada 7 May 2006.
  10. ^ "Paris marks Algerian protest 'massacre'". BBC News. 17 October 2001. Dicapai pada 26 October 2019.
  11. ^ Cole, J. (2003). "Remembering the Battle of Paris: 17 October 1961 in French and Algerian Memory". French Politics, Culture & Society. 21 (3): 42. doi:10.3167/153763703782370251. JSTOR 42843303.
  12. ^ Riceputi, F. (2021). Ici on noya les algériens: La bataille de Jean-Luc Einaudi pour la reconnaissance du massacre policier et raciste du 17 octobre 1961. Paris: Le Passager Clandestin. m/s. 230–232. ISBN 978-2-36935-424-6.
  13. ^ Mohammedi, Jessica (2021-10-17). "Anne Hidalgo commémore les 60 ans de la manifestation sanglante du 17 octobre 1961". Figaro Live (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2024-08-01.
Sumber
  • Brunet, Jean-Paul (1999). Police contre FLN: Le drame d'octobre 1961 (dalam bahasa Perancis). Paris: Flammarion. ISBN 2-08-067691-1.
  • House, Jim; MacMaster (Mar 2008). "Time to move on: A reply to Jean-Paul Brunet". The Historical Journal (dalam bahasa Inggeris). 51 (1): 205–214. doi:10.1017/S0018246X07006644..